5 Cara Buat Duit Dengan Hanya Menulis

5 Cara Buat Duit Dengan Hanya Menulis

Sebenarnya dengan hanya menulis pun anda mampu jana pendapatan. Jadi disini dikongsikan pada anda 5 cara anda boleh buat duit dengan hanya menulis.

Yang lebih menarik apabila cara ini anda boleh lakukan tanpa mengeluarkan modal yang banyak pun atau mungkin zero kos. Malahan pula, anda boleh buat pada bila-bila masa sahaja sahaja.

Selain itu, anda juga boleh buat pekerjaan ini sebagai pekerjaan sampingan bagi menambah pendapatan. Sekiranya tidak mustahin boleh menjadikan ianya pekerjaan utama anda di masa akan datang.

[BACA]

Dengan penulisan juga anda boleh tetapkan masa yang anda perlu perutukan untuk siapkan sesuatu task atau projek. Jadi anda bebas untuk bekerja pada bila-bila masa sahaja.

5 Senarai Cara Buat Duit Dengan Menulis

Jom kita lihat 5 senarai tersebut...

#1 - Penulis Artikel

Penulis Artikel

Jika anda terlibat dengan projek atau pekerjaan ini, biasanya anda dikenali sebagai content writer. Bagi pemilik sebuah blog atau website, jika mereka tidak berkesempatan, mereka akan mencari penulis artikel upahan bagi kemaskini halaman blog mereka.

Artikel amat penting bagi sesebuah blog bagi kekal releven dalam dunia internet. Bagi menunjukkan blog tersebut tidak terabai sekali gus menarik lebih banyak pengunjung atau pembaca.

Jika penulisan artikel dalam sebuah blog, pastinya pemilik blog akan mencari mereka yang pandai menulis dengan mesra SEO. Supaya enjin pencarian, Google akan mudah kenali artikel-artikel dalam blog mereka.

Upah bagi penulis artikel ini bergantung kepada bilangan perkataan. Kebiasaanya 0-500 content writer akan meletakkan caj RM150 hingga RM200. Jika lebih panjang, maka upahnya lebih mahal. Jadi anda boleh mantapkan penulisan + mesra SEO

Anda boleh dapatkan panduan penulisan artikel mesra SEO melalui SEO Algo Fixed by Azham Zanal, Pakar SEO Malaysia. alert-info

#2 - Penulis Buku / eBook

Penulis Buku / eBook

Penulis buku atau ebook berbeza dengan penulisan artikel. Kerana penulisannya lebih panjang dan yang berkongsi menulis bersama penulis-penulis lain juga bagi menyiapkan satu projek buku atau ebook tersebut.

Jika anda minat menulis, inilah peluang anda untuk sumbangkan gaya penulisan disamping upah yang diberikan. Kebiasaanya harga bayaran untuk menulis buku dan ebook adalah sama.

[BACA] : Cara buat Duit Dengan Affiliate Klikjer Untuk Tahun 2021

Harga yang diterima biasanya bergantung kepada bilangan muka surat atau patah perkataan. Jika anda berminat untuk cuba dalam penulisan buku, mungkin anda boleh letak satu muka surat dengan upah antara RM80 hinggan RM150

#3 - Copywriting

Copywriting

Penulisan Copywriting lebih pendek berbanding penulisan artikel dan penulisan buku sebelum ini. Sebagai copywriter, tugas anda adalah menulis ayat iklan bagi ahli perniagaan yang menjalankan bisnes online terutamanya.

Owner bisnes biasanya kekangan masa untuk hasilkan iklan, jadi anda boleh ambil upah untuk menulis copywriting bagi produk-produk mereka. 

Harga upah biasanya bergantung kepada kepakaran seseorang copywriter tersebut. Untuk permulaan, biasanya akan dibayar antara RM50 hingga RM100 untuk ayat ringkas. Jika lebih panjang, maka bayarannya lebih mahal.

Sekiranya, anda masih baru dalam bidang penulisan tetapi berminat untuk mencuba, anda boleh dapatkan panduan Panduan Sukses Writer Jana Pendapatan Sehingga 4 Angka Sebulan.

Dalam panduan ini, ianya mengfokuskan tentang cara penulisan Copywriting dan penulisan buku, artikel, ebook dan iklan. Ianya menerangkan secara terperinci untuk anda mulakan karier sebagai penulis upahan. Dengan harga RM50 sahaja, anda boleh dapatkan panduan ini.

Klik pada gambar atau [Klik Sini]

cara buat duit dengan menulis

#4 - Proofread

Cara seterusnya untuk buat duit menerusi penulisan adalah melalui proofread. Tugas mereka adalah membaiki, membetulkan dan mencatikkan penulisan pelanggan anda. Kebiasaanya adalah peniaga.

Jika penulisan asal terlalu banyak 'kerosakan', anda boleh letakkan harga upah yang tinggi bagi membaiki semula. Jika tugas proofread tersebut mudah, boleh letakkan harga yang lebih rendah. Kebiasaanya harga bergantung kepada bilangan muka surat.

Proofread

Akan tetapi, kerja proofread ini mengenakan skill yang tinggi terutamanya bagi perkhidmatan proofread tesis pelajar. Jika rasa anda layak, apa salahnya.

#5 - Pengurus Media Sosial

Cara terakhir adalah melalui pengurusan media sosial klien. Kebiasaanya bagi peniaga-peniaga online yang mahukan seorang manager untuk menjaga facebook dan instagram mereka. Tugasnya adalah menulis status serta membalas komen dan PM daripada orang ramai.

Kebiasaanya kerja penulisan ini dibayar mengikut bulan dan tugasan diberi berapa status perlu di muat-naik sehari. Atau ada juga dibayar mengikut jumlah status yang ditulis setiap hari.

Pengurus Media Sosial

Jadi inilah antara 5 cara yang anda boleh buat duit dengan hanya menulis. Semoga perkongsian ini, dapat membantu anda yang minat menulis tapi tidak tahu cara untuk menghasilkan pendapatan

Atau mereka yang sedang mencari pendapatan tambahan yang boleh dibuat pada bila-bila masa mengikut waktu dan jadual keselesaan. Semoga bermanfaat

Post a Comment

Previous Post Next Post