Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri, RM500 Kepada Semua Penjawat Awam Dan RM250 Kepada Pesara

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri, RM500 Kepada Semua Penjawat Awam Dan RM250 Kepada Pesara

sumber gambar : the star

Hari ini, Pejabat Perdana Menteri mengumumkan dimana Kerajaan bersetuju untuk memberi Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM500 kepada penjawat awam.

Semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah termasuk kakitangan Contract of Service, Contract For Service, Pegawai Sambilan Harian serta lantikan dibawah MySTEP layak menerima bantuan khas ini. Manakala RM250 kepada Pesara Kerajaan.

Pengumuman pemberian bantuan khas kali ini dibuat lebih awal daripada tahun sebelumnya bagi membantu mereka yang layak membuat persiapan awal menjelang Hari Raya Aidilfitri untuk tahun 2021/1442H.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, pemberian ini adalah bagi menghargai jasa dan pengorbanan penawat awam dalam menggalas tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat.


Tarikh Pembayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri

Seperti yang diumumkan, pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat bersama dengan pembayaran gaji bulan Mei iaitu pada 6 Mei 2021. Bantuan khas tersebut akan memanfaatkan lebih 2 juta penjawat awam dan pesara.

Diharapkan pemberian bantuan khas ini dapatkan meringankan beban kewangan penjawat awam dan pesara serta menjadi pemangkin untuk terus berkhidmat dengan cemerlang dimasa akan datang.


sumber : Jabatan Perdana Menteri

Post a Comment

Previous Post Next Post