Cara Buat Duit Melalui Shopee Affiliate Menggunakan Accesstrade Malaysia 2021

Cara Buat Duit Melalui Shopee Affiliate Menggunakan Accesstrade Malaysia 2020

Tahukah anda, selain menjual, anda juga boleh buat duit melalui Shopee iaitu serta Shopee Affiliate dengan menggunakan platform Accesstrade Malaysia 2021.

Sebagai seller, anda menjual barang, tapi kali ini anda sebagai affiliator iaitu mempromosikan sahaja barangan yang ada di Shopee. Jadi hasil setiap pembelian daripada link yang anda kongsikan, anda peroleh komisyen mengikut nilai yang ditetapkan.

Jadi, anda tidak menjual barang di Shopee sebaliknya anda peroleh bayaran atau komisyen berdasarkan pembelian yang dibuat oleh orang ramai menggunakan link affiliate anda. Kerja anda promosi barang, mereka beli guna link anda, anda dapat duit, anda dapat komisyen.

Jika melalui Lazada, mereka secara rasmi ada sediakan program Affiliate Lazada tetapi di Shopee mereka tidak sediakan perkhidmatan ini secara rasmi. Tetapi ada pihak ketiga yang menyediakan khidmat ini iaitu Accesstrade Malaysia.

Sebenarnya Accesstrade Malaysia bukan sahaja menumpukan program Shopee Affiliate semata-mata tetapi banyak lagi program yang disediakan seperti Adidas, Lazada, Klook, Lalamove, Alibaba, PGMall, Shopee sendiri dan banyak lagi.

Tapi untuk kali ini, kita fokuskan bagi buat duit melalui Shopee Affiliate sahaja. Jadi jom tengok panduan lengkap cara daftar dan buat duit melalui program Shopee Affiliate dengan menggunakan Accesstrade Malaysia untuk tahun 2021.

Cara Daftar Program Shopee Affiliate Menggunakan Accesstrade Malaysia

Ianya dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu pendaftaran awal akaun Accesstrade Malaysia, kemudian permohonan sertai program Shopee Affiliate dan akhir sekali cara anda promosi link affiliate Shopee anda di blog atau mana-mana platform media sosial.

1)  Cara Daftar Akaun Accesstrade Malaysia

Jadi untuk permulaan, anda perlu daftar akaun terlebih dahulu di laman web Accesstrade Malaysia untuk menjadi seorang publisher

Cara Daftar Akaun Accesstrade Malaysia

Pada bahagian ini anda perlu masukkan butiran sebagai individual atau corporation. Masukkan laman blog anda juga ada. Jika tiada masukkan link facebook atau twitter anda pada bahagian Site URL.

Masukkan nama, emel beserta password. Butiran ini akan digunakan untuk Sign In kelak. Jika sudah selesai klik "Sign Up"

Jika sudah selesai, klik pada "Get Started". Kemudian, paparan halaman utama Publisher Dashboard akan muncul seperti dibawah:

Cara Daftar Akaun Accesstrade Malaysia

Kemudian anda terus menjawab 4 soalan yang ditanya pada bahagian Answer 4 quick question dan klik "Try"

Cara Daftar Akaun Accesstrade Malaysia

(1/4) Anda masukkan butiran nama beserta nombor telefon supaya mudah dihubungi dan ianya bertujuan untuk melengkapkan maklumat peribadi.

Cara Daftar Akaun Accesstrade Malaysia

(2/4) Seperti yang telah ditetapkan pada awal tadi, apa jenis site yang anda daftarkan. Sama ada anda daftar bawah blog, sosial network, forum, community dan sebagainya. 

Cara Daftar Akaun Accesstrade Malaysia

(3/4) Bagaimana anda dapatkan trafik bagi tujuan promosi affiliate anda nanti. Anda boleh pilih organic trafik, twitter, facebook, youtube dan lain-lain

Cara Daftar Akaun Accesstrade Malaysia

(4/4) Akhir sekali adalah cara anda promosikan link affiliate anda. Melalui produck review, banner, coupon dan macam-macam lagi. Akhir sekalik klik "finish"

Cara Daftar Akaun Accesstrade Malaysia

Sebelum pergi kepada permohonan Shopee Affiliate melalui "Apply Campaign" terlebih dahulu anda lengkapkan butiran diri pada bahagian profile, Bank Account dan Site

profile setting accesstrade

Caranya, anda klik pada Account Setting > Profile

profile setting accesstrade

Pada bahagian ini, anda perlu lengkapkan maklumat diri supaya permohonan campaign kelak lebih mudah diluluskan.

Kemudian pergi ke bahagian Account Setting > Bank Account

profile setting accesstrade

Masukkan butiran bank akaun anda yang aktif dimana segala komisyen akan terus dimasukkan ke dalam akaun bank anda.

Akhir sekali pergi pada bahagian Account Setting > Site dan klik pada logo pensil tersebut.

profile setting accesstrade

Disini anda perlu lengkapkan site anda yang akan digunakan selepas ini bagi tujuan promosi

Pada bahagian "category" anda perlu pilih 2 jenis yang bersesuai dengan niche topik yang anda bawakan.

Untuk bahagian "description", anda perlu ceritakan serba sedikit berkaitan site anda ini dengan lengkap. Barulah mudah diluluskan permohonan campaign kelak. 

Dah siap semua, "klik Update"

2)  Permohonan Sertai Campaign Di Accestrade Malaysia

Seperti yang diberitahu pada awalnya, di Accesstrade terdapat banyak campaign yang anda boleh sertai melalui permohonan termasuklah Shopee. 

Untuk kali ini, hanya fokus permohonan Shopee campaign atau affiliate sahaja.

Untuk mula memohon, pergi Campaign > Available Campaign. Kemudian cari Shopee Malaysia. Jika sudah jumpa, klik padanya

Permohonan Sertai Campaign Di Accestrade Malaysia

Untuk permulaan, anda perlu memohon dulu dengan klik pada butang "Apply". Keputusan akan dibuat dalam tempoh 1-2 hari. Biasanya akan lulus, jangan risau.

Permohonan Sertai Campaign Di Accestrade Malaysia

Jika sudah lulus, anda boleh tengok pada bahagian Campaign > Affiliated Campaign. Jika sudah ada, anda boleh mula dapatkan link affiliate anda dan mula membuat promosi.

3)  Cara Dapatkan Link Shopee Affiliate Dan Buat Promosi

Pergi Campaign > Affiliated Campaign dan klik pada Shopee

Cara Dapatkan Link Shopee Affiliate Dan Buat Promosi

Kemudian pada pilihan tab, pilih Custome Creative. Disini anda hanya tumpukan pada Landing URL dan Creative Name sahaja

Cara Dapatkan Link Shopee Affiliate Dan Buat Promosi

Untuk menggunakannya, anda boleh cari terlebih dahulu barang Shopee yang anda ingin promosikan. Kemudian ambil link URL dan "copy" (contoh : saya dapatkan URL daripada produk Sony WH-1000XM4)

Cara Dapatkan Link Shopee Affiliate Dan Buat Promosi

Kemudian, pergi semula kepada accesstrade dan copy pada bahagian Landing URL beserta masukkan nama barang anda pada bahagian Creative Name. Akhir sekali klik "Generate"

Cara Dapatkan Link Shopee Affiliate Dan Buat Promosi

Anda akan diberi link affiliate anda yang panjang dah boleh mula untuk membuat promosi di laman sosial media atau di blog anda. Klik sahaja butang Copy yang disediakan

Cara Dapatkan Link Shopee Affiliate Dan Buat Promosi

3)  i. Cara Promosi Link Affiliate Anda

a)  Link Text

Jika anda menggunakan blog, cara promosi link affiliate anda adalah melalui "Link Text" iaitu anda tanam link affiliate anda di dalam teks. Sebagai contoh dibawah

"... Anda boleh dapatkan headphone Sony WH-1000XM4 melalui pautan di Shopee ini"

Jadi jika ada yang klik pada pautan tersebut dan buat pembelian, anda akan menerima komisyen nanti.

b)  Kongsi Link (Short Link)

Cara kedua ini sesuai jika anda ingin kongsikan di laman media sosial yang anda tidak boleh tanam link atau buat link text. Jadi anda perlu kongsikan sahaja link affiliate tersebut.

Tapi takkan nak kongsikan link yang panjang tersebut kan? Jadi kita pendekkan menggunakan khidmat Short Link

Anda pergi ke bit.ly dan daftar seperti biasa.

Jika sudah selesai, anda pergi pada butang "Create" dan paste kan link affiliate anda yang panjang tersebut. 

Cara Promosi Link Affiliate Anda

Cara Promosi Link Affiliate Anda

Akhir sekali masukkan nama link anda tersebut dan klik butang "Copy" untuk dapatkan Short Link anda iaitu "https://bit.ly/2JW1f4b"

Cara Promosi Link Affiliate Anda

Dengan link ini anda boleh kongsikan di facebook atau twitter seperti contoh dibawah

"Jangan lupa dapatkan headphone terbaik Sony WH-1000XM4 dengan klik pada pautan ini https://bit.ly/2JW1f4b"

Setiap mereka yang klik link dan buat pembelian, anda akan dapat komisyen.

Kesimpulan

Jadi itulah panduan lengkap yang anda boleh gunakan untuk buat duit melalui program Shopee Affiliate menggunakan Accesstrade Malaysia secara percuma. Tanpa menjual, sebaliknya buat promosi sahaja.

Untuk makluman, selain itu, anda boleh juga serta campaign lain seperti Adidas, Lazada, Klook, Lalamove, Alibaba seperti yang diberitahu pada awalnya menggunakan langkah dan cara yang sama.

Kadar minimum cashout adalah RM60 sahaja. Mudah je kan. Boleh cuba!

Post a Comment

Previous Post Next Post