Cara buat Duit Dengan Affiliate Klikjer Untuk Tahun 2021

Cara buat Duit Dengan Affiliate Klikjer Untuk Tahun 2021

Jika anda sedang mencari pendapatan tambahan, mungkin anda boleh mula sertai program affiliate Klikjer untuk buat duit lebih, lagi-lagi ketika pandemik melanda negara dan sumber kewangan kita berkurang.

Sekarang diera digital dan dunia internet sebenarnya banyak lubang-lubang dan peluang yang disediakan untuk menghasilkan pendapatan tambahan seperti sertai program dropship, berniaga online, youtube, blogging, affiliate dan banyak lagi. Antara banyak-banyak ini, kami ingin kongsikan salah satunya iaitu program affiliate.

Secara mudah faham, program affiliate ini sama seperti dropship tetapi anda menjual produk digital seperti eBook. Setiap jualan yang anda buat, anda peroleh komisyen yang ditetapkan. Sekarang dah banyak program sedemikian disediakan dan antara yang terbaik dan masih bertahan sehingga tahun 2021 ini adalah platform Klikjer.

Klikjer menyediakan platform jualan eBook berinformasi. Antara eBook yang mendapat sambutan ramai adalah panduan Bisnes Shopee, Bisne Makanan Delivery, Bisnes Tudung, Tips Lulus Temuduga Kerajaan, Perngenalan Saham dan banyak lagi. Selain mereka menjual eBook ini, mereka juga membuka peluang kepada orang ramai untuk sertai program affiliate.

Cara buat Duit Dengan Affiliate Klikjer Untuk Tahun 2021

Jadi apa yang menarik tawaran daripada Klikjer ini?

Ada 6 sebab kenapa anda kena join program affiliate Klikjer ini, iaitu :

  1. Sistem berpusat. Ini bermakna anda hanya perlu daftar sekali dan boleh mula promot eBook terus tanpa perlu risau.
  2. Komisyen 50%. Setiap jualan eBook yang anda jual, anda dapat komisyen 50% daripada harga buku tersebut. Antara yang tertinggi ni.
  3. Keahlian percuma. Ya! anda boleh mula jana pendapatan dengan zero kos. Tiada bayaran dikenakan untuk sertai affilaite Klikjer.
  4. Alat pemasaran disediakan. Setiap eBook disediakan alat pemasaran seperti banner, teks, iklan dan sebagainya. Jadi anda boleh terus promot
  5. Tiada had pengeluaran. Walaupun anda peroleh RM1 sekali pun, anda akan dibayar setiap bulan secara automatik terus ke akaun bank. Jadi targetlah sehingga 4-5 angka sebulan.
  6. Mudah membuat jualan. Setiap eBook yang dijual disediakan minisite. Jadi banyak informasi boleh diperoleh untuk anda mula promo.

Daripada facebook atau twitter anda terbiar, baik anda mula buat promosi disana. Anda hanya perlu kongsikan link affiliate anda supaya mereka membeli eBook tersebut menerusi link anda. Anda dapat komisyen.

Ingat, ini bukan skim, ini adalah perniagaan. Wang tidak akan datang bergolek tanpa usaha. Salah satu caranya adalah dengan program affiliate Klikjer ini. Ini hasil komisyen yang pernah diperoleh setakat ini.

komisyen klikjer


Cara Daftar Program Affiliate Klikjer

Untuk bermula, anda perlu daftar terlebih dahulu di Homepage Klikjer dan masukkan segala maklumat yang diperlukan.

Masukkan butiran seperti username, password, nama penuh, alamat, emel, nombor kad pengenalan dan paling penting masukkan nombor akaun bank bagi tujuan bayaran komisyen kelak. (Maybank, CIMB, RHM atau Public Bank)

cara buat duit dengan affiliate klikjer tahun 2021

Anda akan menerima emel dan anda perlu klik link tersebut bagi tujuan verfikasi.

cara buat duit dengan affiliate klikjer tahun 2021

Jika sudah. Selesai bahagian pendaftaran dan boleh terus Log In menggunakan username dan password mengikut apa yang telah ditetapkan sebentar tadi.

Cara Buat Promosi Link Affiliate Klikjer

Jadi anda sudah secara rasmi serta program Affiliate Klikjer. Oleh itu, anda boleh mula buat promosi setiap eBook yang disediakan dan sudah boleh mula untuk jana pendapatan dan buat duit dengan program ini.

Dapatkan Link Dan Buat Promosi

Langkah 1

Terlebih dahulu anda perlu Log In disini klikjer.com/members

Langkah 2

Kemudian pergi ke bahagian Marketing Materials. Disini terdapat 4 jenis bahan promosi yang disediakan bagi setiap eBook yang anda ingin jual iaitu:

  • Videos
  • Banners
  • Email Links
  • Email Templates

cara buat duit dengan affiliate klikjer tahun 2021

Langkah 3

Anda boleh pilih mana-mana bahan promosi yang anda selesa. Tetapi paling asas adalah dengan menggunakan Email Links.

Kemudian, anda pilih mana-mana eBook yang anda ingin mula untuk promot. Sebagai contoh bermula dengan ebook Bisne Shopee (BisnesShopee.com). Anda pilih dan klik Display Email Links.

cara buat duit dengan affiliate klikjer tahun 2021


Langkah 4

Kemudian akan dipaparkan 2 link, anda hanya copy sahaja link yang atas iaitu bahagian "ASCII/Text Version - For use in Plain Text emails"

cara buat duit dengan affiliate klikjer tahun 2021

Langkah 5

Anda boleh kongsikan di laman media sosial anda seperti facebook. Anda sediakan sedikti copywriting, letak gambar yang disediakan pada minisite dan akhir sekali paste link affiliate yang anda copy sebentar tadi.

Cara buat Duit Dengan Affiliate Klikjer Untuk Tahun 2021

Jadi jika ada yang klik link dan membeli eBook tersebut, anda akan peroleh komisyen sebanyak 50% daripada harga sebenar. Kalau ada blog, anda juga boleh mula kongsikan link ini disana, lebih ramai yang akan membaca kelak. Mudah je kan!

Jadi diharap perkongsian cara buat duit dengan Klikjer ini memberi manfaat dan sedikit sebanyak dapat bantu untuk tambah pendapatan untuk tahun 2021 ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post