3 Lagi Daerah Di Kelantan Dilaksanakan PKP Bermula 22 April ini

3 Lagi Daerah Di Kelantan Dilaksanakan PKP Bermula 22 April ini

Melalui kenyataan media daripada Menteri Kanan Keselamatan, Dato Ismail Sabri terdapat 3 lagi penambahan daerah di Kelantan yang akan dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

3 jajahan atau daerah yang terlibat adalah Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang. Penguatkuasaan adalah bermula 22 April sehingga 29 April 2021 (7 hari). Ketiga-tiga daerah ini juga telah bertukar kepada zon merah

Hari ini sahaja, 21 April, Kelantan telah mencatatkan kes baharu ketiga jangkitan COVID-19 tertinggi iaitu sebanyak 370, diikuti Sarawak (429) dan Selangor (526) daripada jumlah keseluruhan sebanyak 2,340 kes bagi seluruh negara.

Sebelum itu, 7 daerah di Kelantan telah pun dilaksanakan PKP bermula 16 April yang lalu iaitu daerah Kota Bharu, Pasir Mas, Pasir Puteh, Bachok, Machang, Tumpat dan Tanah Merah. 

3 Lagi Daerah Di Kelantan Dilaksanakan PKP Bermula 22 April ini

Sebelum itu, pihak Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) telah pun mengumumkan penutupan semua masjid mukim, surau dan musolla di seluruh negeri Kelantan bermula hari ini berikutan kes penularan yang semakin meningkat di Kelantan.

Hanya 17 masjid bandar sahaja yang dibenarkan di adakan solat jemaah seperti biasa tetapi hanya dengan kapasiti 50% daripada keluasan masjid sahaja.


sumber : majlis keselamatan negara

Post a Comment

Previous Post Next Post