Siaran Langsung Live Streaming Malaysia vs Oman Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia

Siaran Langsung Live Streaming Malaysia vs Oman Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia

Perlawanan keempat Malaysia vs Oman akan berlangsung pada 26 Mac 2024, hari Selasa, pukul 10.00 malam bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Perlawanan ini merupakan aksi dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 dan ianya adalah perlawanan keempat dalam kumpulan D yang mana selain Malaysia dan Oman, juga terdapat Kyrgyzstan dan Chinese Taipei.

{tocify} $title={Table of Contents}

Dalam perlawanan pertama, Malaysia menang keatas Kyrgyzstan dengan keputusan 4-3. Kemudian dalam perlawanan kedua bertemu Chinese Taipei, juga menang dengan jaringan 1-0 sahaja.

Kemudian skuad Harimau Malaya terpaksa akur ketika berkunjung di Muscat apabila tewas 2-0 kepada Oman sekali gus pulang tanpa sebarang mata di gelanggang lawan.

Sejarah Pertemuan Kedua-Dua Pasukan

Oman dan Malaysia kini telah bertemu sebanyak tujuh kali selepas perlawanan sebelum ini. Dalam sejarah pertemuan tersebut, Malaysia menang dua kali, seri sekali dan telah tewas sebanyak empat kali.

Sebelum perlawanan pada 22 Mac yang lalu, kali terakhir mereka bertembung adalah pada tahun 2015 menerusi aksi perlawanan persahabatan yang mana menyaksikan pasukan negara tumpas enam gol tanpa balas.

Oman kini menduduki tangga ke-80 dunia berbanding Malaysia di rangking ke-132. Jika diatas kertas, pastinya kemenangan untuk Oman.

Pemain-pemain kali ini pastinya tidak mahu peristiwa kekalahan sebelum ini berulang kembali. Kini mereka berkelebihan dengan bermain di tempat sendiri.

Siaran Langsung Malaysia vs Oman

Jadi anda boleh saksikan menerusi saluran Astro Arena 801 dan Arena Bola 803. Untuk saluran RTM pula, anda boleh tune-in di TV Okey dan Sukan RTM.

Untuk tontonan secara live streaming, boleh langgan Sooka atau menggunakan platform rtmklik.rtm.gov.my aplikasi RTM Klik secara percuma sahaja.

Tambahan lagi, kali ini anda boleh juga saksikan perlawanan ini secara beramai-ramai bagi tayangan skrin besar di 16 lokasi terpilih seluruh Malaysia. Masuk adalah percuma.

Jadual Dan Keputusan Terkini

Jadi jangan terlepas untuk saksikan perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 antara Malaysia vs Oman vs Malaysia 26 Mac ini bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Keputusan perlawanan akan dikemaskini dari semasa ke semasa sehingga tiupan wisel akhir pada malam tersebut.

FT : Malaysia (0) - (2) Oman

  • Omar Al-Malki 45'+5 (P)
  • Mubarak Al-Ghafri 90'+4

Masa? 10.00 malam
Tempat? Stadium Nasional Bukit Jalil
Tayangan? Astro Arena, Arena Bola, TV Okey, Sukan RTM
Ada Live Streaming? RTM Klik

Post a Comment

Previous Post Next Post