Malaysia vs Kyrgyzstan: Siaran Langsung Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia Dan Live Streaming

Malaysia vs Kyrgyzstan: Siaran Langsung Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia Dan Live Streaming

Skuad Harimau Malaya kini kembali beraksi dalam peringkat antarabangsa dan kali ini menerusi perlawanan bagi Kelayakan Piala Dunia 2026 dan Piala Asia 2027.

Malaysia vs Kyrgyzstan merupakan perlawanan pembukaan bagi kumpulan D dimana ianya akan berlangsung pada 16 November 2023, hari Khamis bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil.

{tocify} $title={Table of Contents}

Format Perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027

Satu saingan kelayakan bakal menentukan dua kejohanan yang bakal ditempuhi iaitu untuk FIFA Piala Dunia 2026 dan juga Piala Asia AFC 2027.

Sebanyak 9 kumpulan terdiri daripada 36 pasukan telah diundi dalam pusingan kedua (R2) bagi saingan kelayakan ini bagi rantau Asia

Setiap kumpulan terdiri dariapda 4 pasukan dan Malaysia telah diundi dalam Kumpulan D bersama-sama Kyrgyzstan, Chinese Taipei dan Oman.

Setiap pasukan dalam setiap kumpulan akan mengharungi 6 perlawanan secara keseluruhan. Hanya juara dan naib juara yang akan mara ke pusingan ketiga (R3) Kelayakan Piala Dunia 2023.

Dalam pada itu juga, pasukan tersebut secara automatik akan mara ke peringkat kumpulan Piala Asia untuk edisi 2027.

Kedudukan Rangking FIFA Bukanlah Penghalang

Jika dilihat dan perbandingan dibuat untuk kedua-dua pasukan, Republik Kyrgyz atau pasukan Kyrgyztan kini berada di kedudukan ke-97 dalam rangking FIFA.

Berbanding Malaysia kini menduduki tangga ke-137. Perbezaan tidaklah terlalu ketara yang mana sebelum ini, Malaysia juga mampu memberi saingan kepada pasukan dengan rangking yang lebih tinggi.

Dengan keazaman dan kesungguhan pemain memberikan seratus peratus di atas padang, pastinya mereka mampu untuk menumbangkan pasukan lawan dalam perlawanan ini.

Sejarah Pertemuan Malaysia vs Kyrgystan

Kali terakhir kedua-dua pasukan ini bertemu adalah pada tahun 2018 menerusi perlawanan persahabatan dan menyaksikan Malaysia tewas tipis 1-0.

Tetapi jika dilihat daripada segi persembahan terakhir, Malaysia memberikan keputusan yang lebih baik apabila menang, tewas dan seri masing-masing sekali, berbanding Kyrgyzstan tewas kesemuanya.

Memerlukan Sokongan Penonton

Malaysia kini mempunyai kelebihan yang besar untuk memenangi perlawanan ini. Bermain di halaman sendiri sudah pastinya akan memberikan peluang kepada pasukan tuan rumah.

Ini juga ditambah dengan kehadiran penyokong setiap Harimau Malaya yang bakal menjadi pemain ke-12 serta menjadi ekor harimau untuk menumpaskan lawan.

Orang ramai kini sudah boleh mula dapatkan tiket masuk ke Stadium Nasional Bukit Jalil dengan harga bermula RM40 yang boleh dibeli secara online menerusi laman www.tickethotline.com.my.

Siaran Langsung Malaysia vs Kyrgyzstan

Tapi bagi yang tidak berkesempatan untuk hadir ke stadium, jangan risau anda boleh saksikan perlawanan ini menerusi saluran Astro Arena 803 atau secara online di Astro Go.

Untuk live streaming, anda boleh menggunakan platform Sooka sama ada di laman web atau aplikasi mobile. Hanya perlu langgan pek liga malaysia yang mempunyai saluran Arena Bola.

Selain itu, pihak KBS juga telah membawakan tayangan skrin besar yang diletakkan di 14 lokasi terpilih seluruh Malaysia. Boleh datang dan tonton secara percuma.

Jadual Dan Keputusan Terkini

Jadi jangan terlepas untuk saksikan perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 antara Malaysia vs Kyrgyzstan pada 16 November ini bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Keputusan pula akan dikemaskini dari semasa ke semasa sehingga akhir tiupan wisel pada malam perlawanan tersebut.

FT : Malaysia (4) vs (3) Kyrgyzstan

  • Dion Cools 7', 77'
  • Zhyrgalbek 42'
  • Batyrkanov 44'
  • Merk 57' 
  • Brauzman (GS) 72'
  • Faisal Halim 90'+3

Masa? 9.00 Malam
Venue? Stadium Nasional Bukit Jalil
Tayangan? - Arena Bola 803
Ada Live Streaming? - Sooka

Post a Comment

Previous Post Next Post