Chinese Taipei vs Malaysia, Info Siaran Langsung Live Streaming Kelayakan Piala Dunia

Chinese Taipei vs Malaysia, Info Siaran Langsung Live Streaming Kelayakan Piala Dunia

Sepanjang FIFA Days, setiap pasukan negara boleh mengharungi tidak lebih 2 perlawanan. Dalam tempoh kali ini, skuad negara tiada perlawanan persahabatan, tetapi perlu mengharungi perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.

Pada perlawanan pertama, Malaysia sudah berdepan dengan Krygyzstan dan kali ini akan ada satu lagi perlawanan juga dalam saingan kelayakan yang sama yang juga perlawanan terakhir untuk tempoh kali ini.

{tocify} $title={Table of Contents}

Kali ini Chinese Taipei vs Malaysia akan berlangsung pada 21 November 2023, bersamaan pada hari Selasa dan perlawanan ini akan dimainkan di tempat lawan iaitu di Stadium Perbandaran Taipei. Malaysia pula menjadi pasukan pelawat.

Pertemuan Sebelumnya

Dalam kumpulan D ini, ada 4 pasukan kesemuanya. Untuk perlawanan pertama yang telah berlangsung; Malaysia vs Kyrgyzstan dan Oman vs Chinese Taipei.

Bagi perlawanan menentang Kyrgyzstan ianya berlangsung di Bukit Jalil dan dunia telah menyaksikan bagaimana come back is real apabila daripada ketinggalan 3-1, Malaysia mampu menang dengan keputusan terkakhir 4-3.

Manakala perlawanan menentang Oman berdepan Chinese Taipei yang berlangsung di Muscat juga berkesudahan dengan kemenangan yang berpihak kepada pasukan tuan rumah apabila Oman menang 3-2 menentang Chinese Taipei.

Jadi untuk perlawanan kedua, kesemua bertukar pasukan. Kini Chinese Taipei vs Malaysia dan satu lagi perlawanan Kyrgyzstan vs Oman yang akan berlangsung pada belah malam, juga pada hari yang sama akan berlangsung.

Sejarah Pertemuan Kedua-dua Pasukan

Malaysia pernah bertemu Chinese Taipei atau Taiwan sebanyak 12 kali secara keseluruhan bermula pada tahun 1963 dan ketika itu dalam kejohanan Pestabola Merdeka. Banyak sejarah yang telah dilakar sehingga sekarang.

Dalam semua pertemuan, Malaysia menang sebanyak 6 kali, seri 2 kali dan telah tewas 4 kali. Kesemua kemenangan yang dicapai adalah ketika bermain di halaman sendiri. Malaysia tidak pernah ketika bermain di tempat lawan.

Jika dilihat, pertemuan kali terkakhir pada tahun 2018 dalam perlawanan persabahatan antarabangsa juga memihak kepada Chinese Taipei apabila Malaysia tewas 0-2. Kini sekali lagi bermain di tempat lawan, adakah Harimau Malaya mampu mengaum hebat?

Kedudukan Rangking FIFA Tidak Pengaruhi

Jika dilihat ranking FIFA, sebenarnya Malaysia menunjukkan kedudukan yang lebih baik berbanding Chinese Taipei tetapi mereka mampu untuk memberikan saingan yang hebat. Jadi rangking kini bukanlah penentu segalanya.

Terkini, Malaysia berada di kedudukan 137 berbanding Chinese Taipei di tempat ke-152. Jika leka, pasukan lawan mampu untuk berikan kejutan dan pastinya keputusan tersebut tidak disenangi oleh Kim Pan Gon selaku ketua jurulatih beserta anak-anak buah skuad Harimau Malaya sendiri.

Harimau Malaya Perlu Menang

Tidak boleh tidak, Malaysia perlu menang. Tidak boleh seri dan tidak boleh kalah. 3 mata amat penting untuk perlawanan ini bagi mengukuhkan kedudukan dalam carta demi merebut status juara kumpulan untuk melayakkan diri ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 dan layak secara automatik ke Piala Asia 2027.

Siaran Langsung Chinese Taipei vs Malaysia

Nak pergi ke stadium, jauh pula kan. Jadi perlawanan ini akan dibawakan secara langsung kepada semua penonton di Malaysia menerusi saluran Astro Arena Bola 803 atau secara online di Astro Go khusus untuk pengguna Astro.

Manakala untuk bukan pengguna Astro, anda boleh layan secara live streaming dengan menggunakan platform Sooka sama ada di laman web atau aplikasi Sooka. Hanya perlu langgan pek liga malaysia yang mempunyai saluran Arena Bola.

Jadual Dan Keputusan Terkini

Jadi jangan terlepas untuk saksikan perlawanan kedua peringkat kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 antara Chinese Taipei vs Malaysia pada 21 November ini bertempat di Stadium Perbandaran Taipei.

Keputusan pula akan dikemaskini dari semasa ke semasa hingga tiupan wisel terakhir pada malam perlawanan tersebut. Jadi anda boleh bookmark blogpost ini dah boleh ketahui keputusan akhir dengan mudah.

FT : Chinese Taipei (0) vs (1) Malaysia

  • Darren Lok 72'

Masa? 7.00 Malam
Venue? Stadium Perbandaran Taipei
Tayangan? Arena Bola 803
Ada Live Streaming? Sooka

Post a Comment

Previous Post Next Post