Koleksi Ucapan Nuzul Al-Quran (17 Ramadan) Tahun 2024

Contoh ucapan Nuzul Al-Quran tahun 2023

Hari Nuzul Al-Quran (17 Ramadan) adalah hari yang diperingati oleh umat Islam di seluruh dunia termasuk juga di Malaysia. Pada waktu ini jugalah, kebiasaanya akan banyak aktiviti termasuklah perkongsian ucapan kepada keluarga dan rakan-rakan.

Selain itu, di Malaysia, Hari Nuzul Al-Quran adalah hari cuti am bagi semua negeri kecuali Johor, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak. Dan pada tahun 2024 ini, ianya jatuh pada 28 Mac 2024 bersamaan 17 Ramadan 1445H.

Maka pada hari ini, pelbagai acara yang dilakukan bagi peringkat negeri khususnya untuk memperingati dan menghayati makna sebenar Nuzul Al-Quran seperti majlis tadarus Al-Quran, ceramah, kuliah agama, pengajian al-Quran, zikir, doa dan sebagainya.

Memperingati Hari Nuzul Al-Quran yang disambut setiap 17 Ramadan di Malaysia menunjukkan betapa pentingnya kitab suci Al-Quran dalam kehidupan umat Islam di negara ini.

Maksud Nuzul Al-Quran

Nuzul Al-Quran berasal dari bahasa Arab dimana 'Nuzul' bererti turun atau penurunan dan 'Al-Quran' merujuk kepada kitab suci agama Islam yang merupakan kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW melalui wahyu. Jadi Nuzul Al-Quran membawa maksud 'penuruan al-quran'

Peristiwa penurunan al-Quran ini adalah pertama kali berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan tahun ke-41 daripada keputeraan Muhammad iaitu ketika baginda di Gua Hira'. Ianya seterusnya turun secara berperingkat-peringkat sehingga menjadi kitab al-Quran seperti hari ini.

Dalam peristiwa itu juga, baginda menerima lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq daripada Malaikat Jibril yang juga menjadi ayat al-Quran yang pertama sekali diturunkan ke dunia.

Senarai Koleksi Ucapan Salam Nuzul Al-Quran Tahun 2024/1445H

Jadi bagi menghidupkan lagi Hari Nuzul Al-Quran, anda boleh kongsikan ucapan-ucapan yang baik kepada keluarga dan rakan-rakan atau perkongsian yang juga boleh dilakukan di akaun media sosial anda sebagai tanda peringatan.

Anda boleh dapatkan panduan dan koleksi ucapan Nuzul Al-Quran untuk tahun 1445H atau tahun 2024 seperti dibawah:

Ucapan Nuzul al-Quran 1

Salam Nuzul Al-Quran 17 Ramadan 1445H

"Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh penduduk alam." - (At-Takwir: 27)

Ucapan Nuzul al-Quran 2

Salam Nuzul Al-Quran

"Sebaik-baik manusia di antara kamu adalah orang yang mempelajari Al-Quran dan mengajarnya kepada orang lain" - (Riwayat Al-Bukhari)

Ucapan Nuzul al-Quran 3

Salam Nuzul Al-Quran 17 Ramadan 1445H | 28 Mac 2024

"Bulan Ramadan adalah (bulan) yang di dalamnya diturunkan Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan membezakan antara yang benar dan yang batil" - (Al-Baqarah: 185)

Ucapan Nuzul al-Quran 4

Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran 17 Ramadan 1445H

"Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada yang berkat: (Kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab)" - (Ad-Dukhan: 3)

Ucapan Nuzul al-Quran 5

Salam Nuzul Al-Quran 17 Ramadan 1445H

"Bacalah Al-Quran kerana ia akan datang memberi syafaat kepada para pembacanya pada hari kiamat nanti" - (Riwayat Muslim)

Ucapan Nuzul al-Quran 6

Salam Nuzul Quran 17 Ramadan 1445H/2024

Semoga kita sentiasa berdamping dengan al-Quran dan menjadi orang yang sentiasa membaca dan beramal dengannya.

Ucapan Nuzul al-Quran 7

Salam Nuzul Al-Quran 2024

Al-Quran adalah cahaya kehidupan manusia. Mari kita jadikan Nuzul Al-Quran sebagai motivasi untuk lebih dekat dengan kitab suci ini dan menjadikan ajaran-ajarannya sebagai panduan dalam hidup kita.

Ucapan Nuzul al-Quran 8

Salam Nuzul Al-Quran diucapkan kepada seluruh umat Islam di Malaysia. Perbanyakkan membaca Al-Quran kerana padanya terdapat petunjuk dan cahaya untuk umat manusia.

Ucapan Nuzul al-Quran 9

Nuzul Quran tidak bermakna dengan hanya ucapan 'Salam Nuzul Al-Quran'. Ianya perlu dengan penghayatan dan amal tentang isi kandungannya. Insya Allah

Ucapan Nuzul al-Quran 10

Selamat menyambut dan memperingati hari Nuzul Al-Quran buat seluruh umat Islam. Semoga kita sama-sama dapat mengambil iktibar daripada peristiwa turunnya al-Quran ini dan memperoleh keberkatan dariNya

Ucapan Nuzul al-Quran 11

Salam Nuzul Al-Quran 2024

Jika Al-Quran menjadi sahabat kita di dunia, maka ia juga akan menjadi sahabat kita di akhirat

Ucapan Nuzul al-Quran 12

Salam Nuzul Al-Quran 17 Ramadan 1445H

Sambutlah Nuzul Al-Quran dengan penuh kesyukuran dan rasa syukur, karena kita diberikan kesempatan untuk memahami dan mengamalkan ajaran-ajaran agung dari Allah SWT yang terkandung dalam kitab suci ini.

Ucapan Nuzul al-Quran 13

Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran 17 Ramadan 1445H/28 Mac 2024

Semoga Nuzul Al-Quran menginspirasi kita untuk terus belajar dan mengejar kebaikan, dan untuk selalu memperbaiki diri kita agar kita menjadi hamba yang lebih baik di sisi Allah SWT.

Ucapan Nuzul al-Quran 14

Selamat Menyambut Hari Nuzul Al-Quran 1445H

Nuzul Al-Quran mengingatkan kita tentang betapa pentingnya menghormati dan memuliakan kitab suci ini, serta menghargai semua ajaran yang terkandung di dalamnya.

Ucapan Nuzul al-Quran 15

Selamat Menyambut Hari Nuzul Al-Quran 1445H

Marilah kita jadikan Nuzul Al-Quran sebagai masa untuk merenungkan kebesaran Allah SWT dan menambah keimanan kita, serta mengambil inspirasi dari ajaran-ajaran suci yang terkandung dalam kitab suci ini.

Ucapan Nuzul al-Quran 16

Salam Nuzul Quran 17 Ramadan 1445H

Nuzul Al-Quran mengingatkan kita bahwa kitab suci ini adalah sumber kebijaksanaan dan pedoman untuk hidup yang baik, dan semoga kita dapat mengambil manfaat dari ajaran-ajaran yang terkandung di dalamnya.

Ucapan Nuzul al-Quran 17

Marilah kita gunakan Nuzul Al-Quran sebagai waktu untuk merefleksikan kehidupan kita, memperbaiki diri, dan menjadi lebih dekat dengan Allah SWT.

Salam Nuzul Al-Quran kepada seluruh umat Islam

Ucapan Nuzul al-Quran (English) 18

Salam Nuzul Al-Quran

This is the book (Quran) whereof there is no doubt, a guidance to those who are Al-Muttaqoon and love Allah much

Ucapan Nuzul al-Quran (English) 19

Happy Nuzul Al-Quran

Wishing all Muslims a joyous Nuzul Quran Celebrattion. Have a blessed one.

Pantun Nuzul al-Quran 20

Kalam Allah kalam Tuhan,
Dibawah Jibril kepada Baginda,
Banyak diri membaca Al-Quran,
Jangan dibazir masa yang ada

Pantun Nuzul al-Quran 21

Bersyukur dapat bertemu lagi,
Dalam suasana aman dan rahmah,
Semoga sentiasa diberkati dan dirahmati,
Dampingi Al-Quran Insya Allah hidup sentiasa berkah

Pantun Nuzul al-Quran 22

Burung bayan hingga di dahan,
Mencari Makan hingga ke malam,
17 Ramadan diturunkan al-Quran,
Sebagai petunjuk sekalian alam.

Post a Comment

Previous Post Next Post