Lokasi ATM Maybank Untuk Pengeluaran Duit Raya 2022

Lokasi ATM Maybank Untuk Pengeluaran Duit Raya 2022

Sekarang nak tukar duit raya dah jadi mudah dimana anda boleh dapatkan duit raya melalui pengeluaran daripada mesin ATM Maybank sahaja. Tak perlu beratur panjang di kaunter.

Setiap tahun, pihak Maybank akan sediakan sebuah mesin ATM khas yang dipanggil Raya ATM di lokasi terpilih yang menyediakan duit baru bagi tujuan orang ramai dapatkan 'duit raya'.

Walaubagaimanapaun, mesin Raya ATM ini hanya menyediakan note baru RM10 dan RM50 sahaja. Jadi kalau nak dapatkan note baru RM1 atau RM5 boleh dapatkan di kaunter.

Senarai Lokasi ATM Maybank Untuk Pengeluaran Duit Raya Untuk Tahun 2022

Untuk memudahkan orang ramai, mesin Raya ATM akan diletakkan label supaya mudah untuk dikenalpasti mesin ATM yang terpilih. Bukan semua mesin ada menyediakan notes baru tersebut tau. Tengok label.

BACACara Tukar Duit Raya Di Mesin ATM Maybank

Pengeluaran ini boleh dibuat bermula 21 April hingga 4 Mei 2022 sahaja. Jadi sempena Hari Raya Aidilfitri yang akan datang, jangan lepaskan peluang ini.

Berikut merupakan senarai 70 lokasi mesin Raya ATM yang terpilih seluruh Malaysia

Johor

  • Bandar Baru Uda [RM10 & RM50]
  • Jalan Genung Segamat [RM50]
  • Jalan Tebrau [RM50]
  • Jalan Zabedah Batu Pahat [RM10 & RM50]
  • Johor Bahru Main [RM10 & RM50]
  • Muar [RM50]
  • Nusa Bestari [RM10 & RM50]
  • Taman Johor Jaya [RM10]
  • Taman Universiti [RM10 & RM50]

Kedah

  • Alor Setar Main [RM10]
  • Kulim [RM10]
  • Legenda Heights Sungai Petani [RM50]
  • Mergong [RM50]
  • Sungai Petani [RM10]

Kelantan

  • Kota Bharu [RM10]
  • Kubang Kerian [RM10 & RM50]

Kuala Lumpur

  • Bangsar Baru [RM50]
  • Desa Pandan [RM10]
  • KL Main [RM10 & RM50]
  • Maybank Islamic Tun Mohd Fuad Taman Tun Dr Ismail [RM50]

Melaka

  • Ayer Keroh [RM50]
  • Melaka Main [RM10]

Negeri Sembilan

  • Nilai [RM50]
  • Senawang [RM10]
  • Seremban [RM10]

Pahang

  • Bukit Ubi [RM50]
  • Jalan Berserah [RM50]
  • Kuantan Main [RM10]
  • Mentakab [RM50]
  • Muadzam Shah [RM10]
  • Temerloh [RM50]

Perak

  • Jalan Sultan Idris Shah [RM10]
  • Jelapang [RM50]
  • Kemunting [RM50]
  • Kuala Kangsar [RM10 & RM50]
  • Maybank Islamic Gunung Rapat [RM10 & RM50]
  • Sitiawan [RM50]
  • Taiping [RM10]
  • Manjung Malim [RM10]
  • Teluk Intan [RM10]

Pulau Pinang

  • Bayan Lepas [RM10]
  • Jelutong [RM50]
  • Penang Main [RM50]
  • Penang Road [RM10 & RM50]

Perlis

  • AFC Kangar [RM10]

Sabah

  • Alamesra [RM50]
  • Inanam [RM10]
  • Jalan Perpaduan Kota Kinabalu [RM10]
  • Karamunsing [RM50]
  • Lintas Square [RM50]

Sarawak

  • Kota Sentosa [RM10 & RM50]
  • Kuching Main [RM10 & RM50]
  • Kuching Selatan [RM50]
  • Wisma Satok [RM10 & RM50]

Selangor

  • Bandar Baru Bangi [RM50]
  • Cheras Selatan [RM10]
  • Giza Kota Damansara [RM50]
  • Kajang [RM50]
  • Kota Kemuning [RM50]
  • Puchong Jaya [RM10]
  • Putrajaya [RM50]
  • Rawang [RM10]
  • Seksyen 20 Shah Alam [RM10]
  • Setia Alam [RM50]
  • Subang Jaya [RM10]
  • Sungai Buloh [RM10]
  • Taman Melawati [RM50]
  • Taman Sri Gombak [RM10]

Terengganu

  • Kuala Terengganu [RM10]

Tapi sekiranya tidak berkesempatan, anda juga boleh bagi duit raya kepada sanak-saudara menggunakan e-Duit menerusi aplikasi MAE sempena Hari Raya ini.

Untuk info lanjut, boleh rujuk di pautan ATM Raya Maybank

Post a Comment

Previous Post Next Post