Kini Anda Boleh Tonton Live TV Alhijrah Di Aplikasi Alhijrah Media

Cara tonton live tv alhijrah di aplikasi Alhijrah Media

Kini selain daripada anda tonton di tv, anda boleh tonton siaran langsung TV Alhijrah melalui pautan atau aplikasi yang diperkenalkan iaitu di AlHijrah Media.

TV AlHijrah merupakan sebuah stesen televisyen yang memaparkan kandungan berunsurkan islamik. Pelbagai rancangan menarik yang disediakan bagi mendidik rohani para penonton disamping pelajari pelbagai ilmu yang disampaikan oleh para asatizah.

Antara kandungan yang disediakan di TV AlHijrah seperti My #Qurantime, Ittabiouni, Reflections, My #Hadithtime dan banyak lagi. Bukan itu sahaja, drama islamik juga diperkenalkan menerusi slot Qalbu.

TV Alhijrah anda boleh tonton di tv menerusi semua saluran yang disediakan iaitu di Astro di siaran 114, Unifi TV CH183 dan Myfreeview di CH114.

Aplikasi Alhijrah Media

Pada awalnya, TV Alhijrah memperkenalkan aplikasi Alhijrah Media adalah bertujuan tontonan secara On Demand, dimana anda boleh tonton beberapa kandungan video pada bila-bila masa sahaja.

Kini di aplikasi Alhijrah Media, selain daripada tonton video-video tersedia, anda juga boleh tonton secara langsung TV Alhijrah sama seperti di tv.

  1. Download aplikasi Alhijrah Media di Play Store dan App Store atau menerusi pautan di https://alhijrahmedia.com
  2. Kemudian anda masukkan emel dan klik pada butang Register Now
  3. Masukkan butiran diri seperti nama, no. telefon berserta password dan klik Register Now
  4. Untuk menonton tv, anda pergi bahagian Live TV

Kini anda boleh teruskan aplikasi Alhijrah Media untuk menonton TV Alhijrah. Pendaftaran adalah percuma.

Jadi untuk peminat dan penonton TV Alhijrah, jangan terlepas untuk menggunakan aplikasi ini bagi membolehkan anda menonton siaran secara langsung pada bila-bila masa dan dimana-mana sahaja.

Tak sempat tonton di tv, boleh tonton di komputer atau di telefon pintar anda. Mudah kan!

Post a Comment

Previous Post Next Post