Senarai Iklan Raya Tahun 2022

Senarai Iklan Raya Tahun 2022

Tak lengkap la Hari Raya kalau tiada Iklan Raya. Jadi nak tahu senarai iklan raya yang dikeluarkan untuk tahun 2022, anda boleh tengok senarai disini.

Di Malaysia Hari Raya ni mesti dilengkapkan dengan beberapa elemen baru menjadi meriah seperti baju raya, lagu raya, alaman ziarah-menziarahi dan termasuklah iklan raya.

Jadi penghujung Ramadan biasanya kita boleh tonton beberapa iklan raya yang dimainkan di televisyen dan juga kini lebih mudah boleh tengok di internet menerusi saluran Youtube sahaja.

Senarai Iklan Raya Untuk Tahun 2022

Kebiasaanya iklan raya ini akan dikeluarkan oleh syarikat-syarikat besar dan setiap iklan raya pasti ada mesej yang ingin disampaikan tidak kira la sama ada mesej sedih atau gembira.

BACA : Koleksi Iklan Raya Tahun 2020

Jom tengok senarai Iklan Raya yang ada untuk tahun 2022

#1.  Julies Biscuits - Ini Iklan Raya baru, tau?

Nampaknya iklan raya dari Julies ni mengenakan tema yang sedikit berlainan. Ye la tajuk pun dah bagi tahu iklan raya baru kan. Iklan Raya mood gembira.

#2.  Samsung Malaysia - Rezeki Memori

Samsung membawakan penceritaan berkaitan ayah dan anak-anaknya. Lebih menceritakan memori yang tidak boleh dilupakan walaupun anaknya sudah besar pun sebenarnya. Macam biasalah mengenakan semua peranti bawaan Samsung. Iklan Raya mood sedih

#3.  Yodoo - Jangan Takut Nak Raya

Nampaknya geng Sterk Production la jadi casting untuk iklan raya Yodoo kali ni. Mengisahkan sekawan hantu yang tak boleh 'keluar' rumah sebab bulan Ramadan dan pontianak yang rindukan maknya. Iklan Raya mood kelakar.

#4.  Celcom  - Syukur 1 Syawal

Menceritakan kanak-kanak yang beraya di kawasan kejiranan sambil kutip duit raya. Juga diselitkan dengan pengajaran tentang mengutamakan orang lebih perlu dan hindari sifat bakhil. Nice job Celcom. Iklan Raya mood happy

#5.  TNB – Raya Macam Cara

Iklan simple sahaja tapi best. Menceritakan bagaimana kepelbagaian untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak kira anda dari mana pun. Dengan pelbagai juadah makanan, baju raya dan sebagainya. Iklan Raya mood gembira

#6.  Pos Malaysia – Kiriman Mak

Mengisahkan bagaimana seorang anak yang ingin menghantar barang istimewa kepada ibunya. Sebab dah tertinggal bas, dia nak dengan abang posmen sekali hantar barang sampai balik kampung. Iklan Raya mood gembira

#7.  Watsons – Gaya Raya Luar Biasa

Nampaknya pertama kali kita dapat tengok macam mana suasana raya di bulan. Bagaimana pula orang bumi yang pertama kali beraya di sana. Lain macam betul. Iklan Raya mood gembira.

#8.  HongLeong Bank – Lebaran Penuh Kesyukuran

Raya tak semestinya perlu sempurna tetapi bersama-sama itu penting. Pengertian syukur itu penting Ketika Hari Raya. Iklan Raya mood gembira

#9.  Lazada – Bertambah-Bertambah Ke Hati Raya

Walaupun macam-macam beli dan buat persiapan raya, ianya tidak bermakna jika tanpa kehadiran orang tersayang. Selain itu, macam biasalah promot suruh tambah ke troli dan buat pembelian di Lazada. Iklan Raya mood sikit sedih dan gembira

#10.  Safi – Raya Kau Hijau 2.0

Nampaknya Safi kali ni buat kesinambungan dari iklan raya tahun 2021. Masih dengan tema hijau tapi kali ini ada kisah cemburu yang berlaku sempanjang malam raya. Iklan Raya mood cemburu dan gembira

#11.  Taylor’s University – Sadaqah

Walaupun tiada penceritaan tentang hari raya, tetapi penceritaan yang ingin disampaikan sangat hebat iaitu tentang nilai sebuah sedekah. Jadi takda sangatlah mood raya tu. Iklan Raya mood tiada. Penceritaan hebat.

#12.  Spritzer – Iklan Raya Paling Berseri

Penceritaan simple sahaja iaitu mengenakan air spritzer untuk berseri di pagi hari raya. Iklan Raya mood gembira

#13.  Jati – Setulus Kasih Seikhlas Sayang

Iklan raya daripada Jati mengisahkan tentang pengorbanan seorang ibu yang layak mendapat layan terbaik dari anak-anaknya. Ada plot twist yang tidak sangka. Terbaik Jati. Iklan Raya mood sedih.

#14.  Maxis – Last Kopek

Bagaimana 4 sahabat yang juga memiliki sebuah band yang dahulunya ramai yang mendengar nyanyian mereka di tepi jalan. Makin tahun makin kurang, tapi ada penyelesaian terbaru melalui persembahan live. Iklan Raya mood sedih sikit je.

*senarai ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa

Mana satu iklan yang menarik bagi anda? Kongsikan dibahagian komen

Post a Comment

Previous Post Next Post