Cara Tukar Duit Raya Di Mesin ATM Maybank

Cara Tukar Duit Raya Di Mesin ATM Maybank

Tahukah anda, sebenarnya sekarang ni, anda boleh dapatkan atau tukar duit raya dengan menggunakan mesin ATM sahaja iaitu di Maybank. Jadi kerja anda lebih mudah.

Jika sebelum ini, biasanya nak tukar duit raya kena pergi kaunter bank dan pastinya perlu beratur untuk dapatkan duit raya. Duit raya biasalah, duit baru dan paling penting bau duit tersebut masih baru kan.

Kini untuk tahun 2023, tidak perlu bersusah-susah lagi, pihak Maybank ada sediakan sebuah mesin ATM khas untuk anda dapatkan duit raya tetapi hanya terhad untuk note RM10 sahaja. 

Untuk note yang lebih kecil, anda perlu juga ke kaunter untuk pertukaran.

Cara Dapatkan Atau Tukar Duit Raya Di Mesin ATM Maybank

Perkongsian ini dikongsikan oleh pengguna facebook Amiza Amiruddin bagaimana beliau berjaya tukar duit raya baru note RM10 menggunakan mesin ATM Maybank sahaja.

1.  Pergi kemana-mana cawangan Maybank yang besar sikit (selected branch). Bagi pengguna ini, beliau pergi ke cawangan Maybank Setiap Alam dan terdapat 2 mesin ATM yang menyediakan khidmat tukar duit raya baru.

Cara Tukar Duit Raya Di Mesin ATM Maybank

2.  Pilih mesin ATM yang terpapar petunjuk seperi dalam gambar (Khas untuk pelanggan Maybank. Dapatkan wang kerta RM10 di mesin ini)

Cara Tukar Duit Raya Di Mesin ATM Maybank

3.  Semua duit dalam mestin ATM tersebut adalah note RM10 duit raya baru. Buat pengeluaran (withdraw) seperti biasa dan pilih jumlah

*Syarat pengeluaran adalah maksimum RM300 per transaksi (30 keping note RM10). Jika anda ingin lebih, anda kena buat 2 kali.

Cara Tukar Duit Raya Di Mesin ATM Maybank

4.  Pilih RM300 dan terus keluar duit note RM10 untuk 30 keping yang boleh dibuat duit raya. Settle!

Jadi mana-mana yang tak sabar beraya dan nak bagi duit raya, boleh buat demikian dengan segera. Takut habis pula note dalam mesin ATM tu nanti.

Senarai Lokasi Mesin ATM (Duit Raya)

Senarai lokasi mesin ATM seluruh Malaysia yang menyokong pengeluaran duit raya di mesin ATM


sumber : Amiza Amiruddin

Post a Comment

Previous Post Next Post