Maybank ada sediakan alternatif bagi pelanggannya yang ingin menukar kad debit atau kad ATM mereka yang sudah tamat tempoh tanpa pergi ke kaunter atau secara online iaitu melalui Mesin Layan Diri Ekspress (Maybank Debit Card Replacement Kiosk).
Mungkin cara paling mudah adalah permohonan tukar kad secara online iaitu menerusi laman web Maybank2u tetapi ianya mengambil masa yang lama untuk kad debit tersebut sampai ke rumah anda melalui pengeposan. Anggaran 9 hari.
Jika anda ingin tukar di kaunter pula, anda perlu beratur panjang tambahan lagi kini perlu patuhi SOP yang ditetapkan dimana kapasiti pelanggan berada di dalam bangunan dikurangkan. Jadi terpaksa pula berpanas di luar.
Jadi melalui cara ketiga iaitu menggunakan Mesin Layan Diri ini, anda tidak perlu lagi beratur panjang seperti di kaunter dan paling best, anda boleh dapat kad debit yang baru dengan segera pada waktu itu juga. Jimat masa menunggu.
Pada kiosk ini, anda hanya boleh tukar kad baru yang hampir atau sudah tamat tempoh sahaja dan ianya percuma. Jika kad anda rosak/hilang atau terlupa nombor PIN, anda wajib pergi ke kaunter.
Lokasi Maybank Debit Card Replacement Kiosk Maybank Seluruh Malaysia
Walaubagaimanapun setakat ini, bukan semua cawangan Maybank menyediakan mesin layan diri (kiosk) ini, hanya beberapa lokasi sahaja.
Disini anda hanya perlu bawa kad debit lama anda tersebut beserta kad pengenalan. Pastikan anda ingin no pin kad debit anda.
BACA : Cara Tukad Kad Debit Maybank Edisi 'Manchester United' Secara Online
Berikut merupakan lokasi cawangan maybank yang menyediakan mesin layan diri:
Kuala Lumpur Main Office
1st Floor, Menara Maybank, 100, Jalan Tun Perak, 50050 Kuala Lumpur
Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur
2, Lorong Rahim Kajai 14, Taman Tun Dr. Ismail, 6000 Kuala Lumpur
Shah Alam Main
10, Persiaran Perbandaran Section 14, 40000 Shah Alam, Selangor
Jalan Gombak, Kuala Lumpur
Wisma Ks, 5, Jalan Meranti, Taman Setapak, 53000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Jalan 222, Petaling Jaya
No 11, Jalan 51A/222, Seksyen 51a, 46100 Petaling Jaya, Selangor
KLCC
Lot C-21-C, Concourse Expansion Suria KLCC, KL City Centre 50088 Kuala Lumpur
USJ Subang Jaya
No 39, Jalan USJ 10/1G, 47620 Subang Jaya, Selangor
Setia Alam
2, Persiaran Setia Impian, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor
Klang Meru
14-22, Jalan Kepayang, Off Jalan Meru, 41050 Klang Selangor
Kajang
Ground & Mezzanine Floor, 28-30, Jalan Tukang, 43000 Kajang Selangor
Pandan Indah
L1-03, L1-6, L2-03, Level 1 & 2, Menara Maxisegar, Jalan Pandan Indah 4/2, Pandan Indah, 55100 Kuala Lumpur
Bandar Baru Bangi
No 7 & 9, Jalan 9/9C, Seksyen 9, Bandar Baru Bangin, 43650 Bangi Selangor
Puchong Jaya
No.7, Jalan Kenari 1, Bandar Puchong Jaya, Jalan Puchong, 47100 Puchong, Selangor
Untuk ketahui lebih lanjut berkaitan lokasi atau tentang pertukaran kad debit Maybank, anda boleh rujuk di laman web www.maybank2u.com.my/card-renewal