Pembayaran Pengeluaran Khas RM10K KWSP Dibuat Dalam Satu Bayaran Sahaja

Pembayaran Pengeluaran Khas RM10K KWSP Akan Dibuat Dalam Satu Bayaran Sahaja

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini telah kemaskini informasi terbaru berkenaan Pengeluaran Khas sehingga RM10,000.

Seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada 16 Mac yang lalu dimana, KWSP membenarkan pengeluaran sekali lagi iaitu yang terakhir selepas i-Citra, i-Sinar dan i-Lestary.

BACACara Mohon i-Citra KWSP Secara Online

Pengeluaran ini dibenarkan kerana pandemik Covid-19 yang telah melanda negara sejak tahun 2020 sehingga kini yang sepertinya masih belum selesai.

Syarat Kelayakan Permohonan

KWSP mengumumkan bahawa permohonan untuk pengeluaran khas RM10,000 akan dibuka kepada ahli warganegara, bukan warganegara dan pemastautin tetap dibawah umur 55 tahun dengan mempunyai jumlah simpanan KWSP sekuran-kurangnya RM150.

Amaun Pengeluaran Yang Dibenarkan

Ahli dibenarkan untuk mengeluarkan jumlah maksimum sebanyak RM10,000 dan minimum RM50 yang mana tertakluk kepada baki simpanan Akaun 2.

Walaubagaimanapun, sekiranya tidak mencukupi, Akaun 1 akan digunakan. Pastikan ahli meninggalkan baki sekuran-kurangnya RM100 dalam Akaun 1

Kaedah Bayaran

Kaedah pembayaran tidak seperti sebelum ini iaitu secara beransur-ansur. Bagi Pengeluaran Khas, pembayaran akan dibuat dalam satu (1) bayaran sahaja atau sekali gus (single payment) yang dibuat mulai 20 April 2022.

Selepas permohonan dibuat, ahli tidak boleh buat pembatalan dan pindaan amaun. Bayaran Pengeluaran Khas diberikan keutamaan berbanding pengeluaran lain.

Cara Buat Permohonan Pengeluaran Khas

Pengeluaran Khas KWSP boleh dibuat menerusi pautan pengeluarankhas.kwsp.gov.my yang juga boleh diakses melalui aplikasi i-Akaun bermula 1 April 2022.

BACACara Daftar i-Akaun KWSP (Ahli) Secara Online

Manakala semakan status permohonan boleh dibuat mulai 9 April 2022 melalui pautan yang sama atau aplikasi i-Akaun.

Sebelum buat permohonan pastikan nombor telefilem bimbit terkini berdaftar dengan KWSP. Semak baki simpanan KWSP. Nombor akaun bank adalah aktif (simpanan atau semasa) dan pastikan akaun di atas nama ahli sendiri.

Untuk info lanjut berkaitan Pengeluaran Khas KWSP, anda boleh rujuk portal www.kwsp.gov.my atau di laman facebook rasmi KWSP


Post a Comment

Previous Post Next Post