Cara Mohon i-Citra KWSP Terbaru Secara Online Untuk Tahun 2021

Cara Mohon i-Citra KWSP Terbaru Secara Online Untuk Tahun 2021

Pada bulan Jun yang lalu, Kerajaan telah memperkenalkan pengeluaran KWSP iaitu i-Citra melalui Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH). Jika berminat, anda boleh ikuti disini cara mohon i-Citra KWSP secara online.

Ini merupakan kali ke-3 Kerajaan memperkenalkan pengeluaran KWSP jika sebelum ini melalui i-Sinar dan i-Lestary dan kali ini, i-Citra. Pengeluaran ini diperkenalkan untuk memberi kemudahan kewangan tambahan kepada ahli yang terkesan akibat PKP.

Syarat Permohonan

Permohonan i-Citra hanya kepada ahli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap.

Selain itu, ahli juga mestilah mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan.

Jumlah Pengeluaran

Seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada awalnya, pengeluaran i-Citra adalah sehingga maksimum RM5,000 sahaja dan bayaran bulanan akan dibuat sehingga 5 bulan.

Bayaran dibuat ditetapkan adalah RM1,000 sebulan atau tertakluk kepada jumlah baki simpanan dimana bayaran minimum adalah RM50. Pastikan baki sekuran-kurangnya RM100 dalam Akaun 1.

Cara Mohon i-Citra KWSP Terbaru Secara Online

Bayaran i-Citra akan menggunakan sepenuhnya simpanan dalam Akaun 2 terlebih dahulu. Sekiranya ia tidak mencukupi, simpanan dalam Akaun 1 akan digunakan.


Cara Mohon Pengeluaran i-Citra KWSP

Permohonan pengeluaran i-Citra KWSP pada awalnya boleh dibuat bermula 15 Julai 2021. Tetapi menerusi pengumuman terbaru daripada pihak KWSP, permohonan boleh dibuat bermula 12 Julai 2021 (Isnin) hingga 30 September 2021 (Khamis) yang hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui portal i-Citra (icitra.kwsp.gov.my)atau klik link dibawah

MOHON DISINI/button

Untuk lebih terperinci, anda boleh ikuti langkah-langkah cara permohonan i-Citra KWSP seperti dalam gambar dibawah

cara terperinci mohon i-Citra KWSP 2021

Bayaran bagi permohonan yang dibuat pada bulan Julai ini, dijangka akan dibayar bermula bulan Ogos 2021. Pembayaran akan dibayar secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank ahli. Oleh itu, ahli mestilah pastikan akaun bank masih aktif, akan bank semasa atau simpanan dan akan bank mestilah di atas nama ahli sendiri.

Ahli boleh buat semakan status permohonan i-Citra melalu menu Semak Status Permohonan di portal i-Citra atau menerusi menu Pengeluaran > Sejarah Pengeluaran di i-akaun (Ahli).

Untuk maklumat lanjut berkaitan i-Citra, anda boleh layari www.kwsp.gov.my/i-citra atau hubungi talian hotline di 03-8922 4848

Baca Juga

0/Post a Comment/Comments