Sinopsis Drama Bila Hati Memilih Dia TV3

Sinopsis Drama Bila Hati Memilih Dia TV3

Drama Bila Hati Memilih Dia yang akan disiarkan menerusi slot Samarinda mulai 28 Mac 2022, setiap hari Isnin hingga Jumaat pada jam 10.00 di TV3 dan juga melalui platform penstriman iQiyi.

Drama 15 episod ini merupakan adaptasi novel Bila Hati Memilih Dia karya Wan Nur Najihah merupakan terbitan Global Station Sdn. Bhd. yang diarahkan oleh Bahri Umah dan hasil nukilan skrip oleh Farah Alya As'ari.

Sinopsis Drama Bila Hati Memilih Dia.

Drama Hati Memilih Dia menampilkan pelakon seperti Aedy Ashraf, Eyka Farhana, Maryam Annisa, Gambit Saifullah, Shima Anuar, Qistina Khaled, Shahz Jaszle, Izuan Razali, Zila Bakarin dan ramai lagi.

Kisah bermula apabial Adra (Eyka Farhana) yang baru sahaja tamat belajar dan sedang mencari pekerjaan. Dalam masa yang sama, Adra telah dipaksa berkahwin dengan Farha oleh mak tirinya, Makcik Melur (Zila Bakarin). Namun begitu, Adra mengatakan masih lagi tidak bersedia dan menolak permintaan ibu tirinya tersebut.

Pada masa yang sama, atas urusan kerja, Nazril (Aedy Ashraf) terpaksa berpindah ke Langkawi bersama anaknya, Nufail. Disebabkan dia seorang bapa tunggal, dia terpaksa mencari pengasuh bagi menjaga anaknya ketika waktu kerja terutamanya.

Makcik Melur yang tahu akan tawaran pengasuh tersebut terus memaksa Adra kerana mendengar gaji yang diberi lumayan. Adra akur apabila Makcik Melur beri jaminan selepas bekerja beberapa bulan dengan Nazril, Adra boleh bebas bekerja di Kuala Lumpur.

Sinopsis Drama Bila Hati Memilih Dia TV3

Nazril dan anaknya, Nufail tiba di Langkawi dan cuba menyesuaikan diri dengan kehidupan di sana. Satu insiden terjadi di mana Nufail hilang sewaktu Nazril sibuk menjawab panggilan telefon. Kebetulan Adra berada di situ, dia cuba memujuk Nufail dengan memeluknya. Nazril terus menjerit dan menuduh Adra cuba menculik Nufail.

Keesokan hari, Adra tiba di rumah Nazril. Nazril terkejut dan mengungkit peristiwa semalam. Setelah Nufail menceritakan hal sebenar, Nazril terus meminta maaf kepada Adra.

Adra tidak suka dengan sikap Nazril dan berasa tidak sedap hati bekerja di situ. Nufail seorang kanak-kanak yang pemalu tetapi dia sangat selesa dengan Adra membuatkan Nazril mengalah dan meminta Adra terus bekerja sehingga dia mendapat pengasuh baharu.

Makcik Melur terus cuba menjodohkan Adra dengan Farhan. Adra menolak kerana tidak suka dengan perangai Farhan. Pada masa yang sama, Fadhil abang kepada Farhan juga cuba memikat Adra.

Satu hari, satu insiden berlaku yang membuat Adra dan Nazril terperangkap tanpa siasatan kejadian sebenar. Adakah kesudahan nasib Nazril dan Adra?

Sinopsis Drama Bila Hati Memilih Dia TV3

Post a Comment

Previous Post Next Post