Cara Daftar i-Akaun KWSP (Ahli) Secara Online Bagi Memudahkan Urusan

Cara Daftar i-Akaun KWSP (Ahli) Secara Online Bagi Memudahkan Urusan

Pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini telah menyediakan segala urusan berkaitan secara online iaitu menerusi portal i-Akaun KWSP khusus untuk ahli yang berdaftar. Ikuti langkah dibawah cara pendaftaran.

Dengan adanya i-Akaun ini, ahli KWSP dapat memantau segala transaksi atau apa-apa urusan terus secara online sama ada menerusi laman web atau menerusi aplikasi telefon pintar yang boleh dimuat-turun sama ada di platform Android mahupun iOS.

Melalui i-Akaun, anda boleh:

  • Semak baki simpanan dari Akaun 1 dan 2 secara online
  • Buat permohonan pertukaran simpanan shariah
  • Buat permohonan pengeluaran melalui e-Pengeluaran
  • Peroleh ringkasan akaun

Cara Daftar i-Akaun KWSP Dengan Mudah

Untuk melayakkan anda daftar i-Akaun, anda mestilah terlebih dahulu menjadi ahli KWSP dan sebagai pencarum. Jika belum, anda perlu datang ke mana-mana cawangan KWSP terdekat dan daftar.

Jika sudah daftar sebagai ahli, barulah anda layak untuk daftar i-Akaun. Ikuti langkah-langkah untuk mendaftar i-Akaun KWSP (Ahli)

Langkah 1 : Anda perlu hadir ke mana-mana cawangan atau kios KWSP berhampiran anda untuk mendaftar i-Akaun (Ahli)

Langkah 2 : Kemudian layari www.kwsp.gov.my dan pilih Log Masuk & klik i-Akaun (Ahli)

Langkah 3 : Masukkan nombor ahli KWSP sebagai ID Pengguna bersama Password sementara yang diterima melalui SMS untuk aktifkan i-Akaun

Langkah 4 : Selepas bersetuju, sila cipta ID Pengguna dan Password. Pilih Imej Online serta isi Frasa Rahsia anda

Langkah 5 : Setelah berjaya, masuk semula menggunakan ID Pengguna dan Password yang telah dicipta sebentar tadi

Langkah 6 : Pengesahan nombor telefon TAC hendaklah dilakukan sebaik sahaja log masuk.

Kini anda boleh masuk atau Login seperti biasa menerusi portal i-Akaun (Ahli) di secure.kwsp.gov.my

Baca Juga

0/Post a Comment/Comments