Tahniah ARTEH Muncul Juara Mencari Sepahtu Yang Hilang 2021

arteh juara mencari sepahtu yang hilang 2021

Kumpulan ARTEH telah dinobatkan sebagai juara sulung bagi program Mencari Sepahtu Yang Hilang 2021 yang telah berlangsung selama 8 minggu.

Arteh telah mengalahkan 4 finalis lain dimana Gahai muncul sebagai naib juara, diikuti tempat ketiga, keempat dan kelima ialah kumpulan San, Takal dan Jonet.

Juara membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM30 ribu beserta trofi, diikuti naib juara dengan jumlah hadiah sebanyak RM15 ribu juga beserta trofi. Untuk tempat ketiga, keempat dan kelima masing-masing dengan hadiah RM9 ribu, RM6 ribu dan RM3 ribu beserta trofi.

Pentas akhir para peserta telah ditugaskan untuk membuat 2 persembahan dihadapan juri dengan 2 tugasan iaitu bebas dan muzikal.

Malam itu juga, mereka bukan diadili oleh ahli kumpulan Sepahtu, Jep, Rahim dan Pakya tetapi daripada 2 juri jemputan iaitu Datin Lisa Surihani dan juga anggota Sepahtu yang hilang, Shuib.

arteh juara mencari sepahtu yang hilang 2021

Seperti yang diumumkan sebelum ini, pemenang program MSYH2021 ini bukan sahaja mencari juara tetapi mencari individu bagi mengisi kekosongan Shuib dalam program Sepahtu Reunion 2022 nanti.

Jadi pada malam itu, Dewa daripada kumpulan Arteh telah dinobatkan sebagai pemenang kasut emas sekali gus akan terus bersama Sepahtu dalam 10 episod Sepahtu Reunion musim baru yang bakal membuka tirai pada 27 Januari ini.

dewa sepahtu 2022

BACA : Senarai Peserta Dalam Rancangan Mencari Sepahtu Yang Hilang (MSYH) 2021

Program Mencari Sepahtu Yang Hilang 2021 telah berlangsung selama 8 minggu menampilkan 12 peserta yang terdiri daripada kumpulan, duo dan peserta solo.

Ditayangkan pada setiap hari Khamis bermula 2 Disember 2021 yang lalu bersiaran pada jam 9.00 malam di Astro Warna.

Sepahtu Reunion Live 2022

Program Sepahtu Reunion Live 2022 akan menemui penonton untuk musim ketujuh bermula 27 Januari ini, setiap hari Khamis jam 9.00 malam di Astro Warna 107 dan Astro Go.

Live Streaming akan dikemaskini - LINK

Post a Comment

Previous Post Next Post