5 Peserta Yang Layak Ke Pentas Akhir Mencari Sepahtu Yang Hilang 2021

5 peserta yang layak ke pentas akhir mencari sepahtu yang hilang 2021

Akhirnya selepas tujuh minggu beraksi, 5 peserta telah diumumkan bagi mengisi slot ke pentas akhir Mencari Sepahtu Yang Hilang 2021.

BACASenarai Peserta Dalam Rancangan Mencari Sepahtu Yang Hilang (MSYH) 2021

Keputusan ini dibuat selepas barisan juri tetap iaitu ahli kumpulan Sepahtu sendiri bersama juri jemputan, Siti Elizad menilai persembahan mereka sepenuhnya di pentas separuh akhir sebentar tadi.

Pada peringkat separuh akhir, terdapat 6 peserta yang layak beraksi bagi membuat persembahan untuk 2 sketsa iaitu tema Bebas dan Radio iaitu Joned, San, Arteh, Gahai, Takal dan Sebat.

Peserta Yang Berjaya Ke Peringkat Akhir Mencari Sepahtu Yang Hilang 2021

Untuk pusingan akhir, hanya 5 peserta yang berjaya mara selepas barisan juri membuat penilaian berdasarkan persembahan di peringkat separuh akhir.

Yang berjaya adalah peserta JONES, SAN, ARTEH, GAHAI dan TAKAL. Dimana pasangan suami isteri iaitu SEBAT tersungkur di peringkat separuh akhir.

Jadi jangan lupa untuk saksikan pentas akhir Mencari Sepahtu Yang Hilang 2021 pada 20 Januari ini, hari Khamis jam 9.00 malam di Astro Warna 107.

Selain itu, anda juga boleh strim secara online menerusi Astro Go dan aplikasi serta tontonan secara On Demand untuk persembahan-persembahan sebelumnya.

Jadi peserta manakah yang akan menjuarai program ini untuk musim pertama? 


sumber : zonlawak

Post a Comment

Previous Post Next Post