Senarai Peserta Dalam Rancangan Mencari Sepahtu Yang Hilang (MSYH) 2021

Rancangan Mencari Sepahtu Yang Hilang (MSYH) 2021

Astro bakal tampil dengan sebuah lagi program realiti terbaru untuk tahun 2021 yang berkonsepkan pertandingan pencarian bakat lawak iaitu Mencari Sepatuh Yang Hilang (MSYH).

MSYH menggunakan konsep mentor dan sifu yang berpengalaman dalam industri hiburan dan bidang komedi bagi membentuk bakat-bakat pelapis atau barisan peserta program terbaru ini.

Lebih 1000 penyertaan yang diterima secara atas talian sejak 1 jun hingga 31 Ogos yang lalu dan kemudian disaring dan diadili sehingga hanya 12 kumpulan peserta dari penyertaan solo, duo dan trio sudah terpilih untuk menyertai program ini.

Mencari Sepahtu Yang Hilang (MSYH) akan bersiaran selama 8 minggu secara langsung pada setiap hari Khamis jam 9.00 malam menerusi saluran Astro Warna 107 dan Astro Go bermula 2 Disember 2021.

Ahli kumpulan Sepahtu yang terdiri daripada Jep, Rahim dan Pak Ya akan menggalas tanggungjawab sebagai juri setiap minggu bagi program ini. Manakala Jiggy dan Ramona Zam Zamakan bertindak sebagai hos utama.

Peserta akan bertanding bagi merebut wang tunai sebanyak RM30,000 bagi gelaran juara, RM15,000 untuk naib juara, RM9,000 untuk tempat ketiga dan sebanyak RM6,000 dan RM3,000 masing-masing untuk tempat keempat dan kelima.

Selain daripada itu, barisan peserta yang perform mungkin berpeluang untuk beraksi di final Sepahtu Reunion Live kelak dan Sepahtu juga akan memilih pemenang solo dari barisan finalis untuk dijadilan ahli terbaru kumpulan Sepahtu.

Peserta Program Mencari Sepahtu Yang Hilang 2021

Peserta Program Mencari Sepahtu Yang Hilang 2021

Terdapat 12 peserta yang terpilih untuk program ini yang terdiri daripada 2 peserta solo, 4 peserta duo dan 6 peserta trio.

  1. Yusra (Solo)
  2. Muslim (Solo)
  3. Arteh (Duo)
  4. Joned (Duo)
  5. Spana (Duo)
  6. Sebat (Duo)
  7. Gahai (Trio)
  8. Pitu (Trio)
  9. Sepan (Trio)
  10. San (Trio)
  11. Siji (Trio)
  12. Takal (Trio)

Jangan nantikan program terbaru Astro, Mencari Sepahtu Yang Hilang (MSYH) 2021.

Post a Comment

Previous Post Next Post