Sepahtu Reunion Live 2022 Kini Kembali Bermula 27 Januari Ini

Sepahtu Reunion Live 2022 kini kembali

Selepas habis program realiti pertama dibawah kumpulan Sepahtu iaitu Mencari Sepahtu Yang Hilang 2022, kini Sepahtu Reunion Live 2022 kembali bermula 27 Januari 2022.

Musim kali ini pastinya memberikan sedikit kelainan apabila pemenang kasut emas MSYH iaitu Dewa daripada kumpulan Arteh telah menjadi salah seorang anggota Sepahtu sekali gus muncul sebagai pelakon tambahan setiap minggu.

BACA : Tahniah ARTEH Muncul Juara Mencari Sepahtu Yang Hilang 2021

Sepahtu Reunion Live masih mengekalkan konsep sitkom yang diadakan secara langsung dihadapan penonton di dalam studio.

Setiap minggu, kesemua ahli kumpulan Sepahtu akan melakonkan sketsa dengan pelbagai cerita serta dana akan dimeriahkan dengan cameo yang mana kita tidak tahu siapakah mereka tersebut.

Kini sudah memasuki musim ketujuh. Untuk musim terbaru ini, Sepahtu Reunion Live 2022 akan bersiaran setiap hari Khamis, jam 9.00 malam menerusi saluran Astro Warna 107 serta tontonan On Demand dan Astro Go.

Sepahtu Reunion Live 2022 kini kembali

Post a Comment

Previous Post Next Post