Senarai Peserta Big Stage 2022 Musim Terbaru

Big Stage 4 tahun 2022

Secara rasminya senarai peserta bagi program realiti Astro, Big Stage 2022 telah diumumkan dan bakal berentap atas pentas yang sama untuk meraih gelaran juara bagi musim ke-4.

Big Stage merupakan sebuah rancangan pertandingan nyanyian yang menampilkan bakat-bakat muda dalam industri muzik yang juga digelar dengan jolokan 'Budak-Budak Baru Nak Up' (BBNU) atau 'Dominasi BBNU).

Big Stage kembali dan bakal menghangatkan industri hiburan tanah air dan kali ini seramai 11 peserta termasuk juga penyertaan dari negara luar iaitu Indonesia dan Brunei.

Untuk musim terbaru ini, kita akan dapat lihat semula Datuk Seri Siti Nurhaliza kembali sebagai juri tetap bersama komposer tersohor negara, Ajai dan juga juri jemputan yang diundang setiap minggu.

BACA : Konsert Big Stage 2020 : Tonton Secara Live

Sama seperti musim sebelumnya, Big Stage 4 masih mengekalkan Presiden Nitizen dan pasangan pengacara iaitu Alif Satar dan Sherry Alhadad sebagai hos utama program realiti tersebut.

Katanya ada satu lagi pembaharuan iaitu dimana akan ada Juri Pedas yang akan diperkenalkan pada minggu pertama nanti.

Program Big Stage 4 Tahun 2022

Konsert mingguan Big Stage 4 akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan disiarkan di saluran Astro Ria (104) jam 9.00 malam mulai 6 Februari 2022 serta tontonan secara On Demand dan di aplikasi Astro Go.

Juara Big Stage 2022 akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000 beserta trofi, diikuti tempat kedua, RM50,000 dan ketiga RM25,000. Manakala untuk tempat keempat, kelima dan keenam masing-masing bawa pulang RM15,000, RM10,000 dan RM5,000.

Barisan Peserta Program Big Stage 4 Tahun 2022

Berikut merupakan senarai 11 peserta Big Stage 2022; 8 peserta Malaysia, 1 peserta Indonesia dan 1 peserta Brunei

  • Aisha Retno
  • Megat Rahim
  • Elicia Paujin
  • Ajoi Zainal
  • Lia Aziz
  • Danial Chuer
  • Yasmin Aziz
  • Tuah Adzmi
  • Sofiaa Marieylla (Jerung Merah)
  • Tegar Septian (Indonesia)
  • Syafiq Abdillah (Brunei)

Peserta Big Stage 4 tahun 2022

Untuk info lanjut, boleh pergi ke portal Gempak untuk rancangan Big Stage 2022

Post a Comment

Previous Post Next Post