Telefilem Tanah Kubur Fitnah Akhir Zaman Di Astro Citra (Citra Exclusive )

tanah kubur fitnah akhir zaman astro citra

Menyusuli Angan-Angan Mat Jiman pada minggu lepas, telefilam Tanah Kubur Fitnah Akhir Zaman akan mengisi slot Citra Exclusive pada 1 Januari 2022 di saluran Astro Citra.

Sebuah telefilem francais daripada Tanah Kubur ini merupakan terbitan Opera Klasik Sdn. Bhd. yang diarahkan oleh Rashid Sibir sebagai pengarah utama

BACA : Telefilem Tanah Kubur Peneman Di Astro Citra (Citra Exclusive)

Fitnah Akhir Zaman masih menampilkan pelakon dan watak utama iaitu Nasir Bilal Khan. Beliau dibantu oleh Azri Iskandar, Mona Allen, Wan Maimunah, Dato' Jalaluddin Hassan dan ramai lagi

tanah kubur fitnah akhir zaman astro citra

Sinopsis Telefilem Tanah Kubur Fitnah Akhir Zaman

Telefilem Fitnah Akhir Zaman kali ini mengisahkan Tok Adi yang telah dituduh merogol seorang wanita sehingga mengandung.

Khatijah janda yang mengandung telah menuduh Tok Adi merogolnya. Disebabkan itu, Tok Adi ditangkap oleh penduduk kampung bagi ketahui cerita sebenar.

Namun begitu, Tok Ad telah menafikan semua tuduhan yang dilemparkan kepadanya dan berdoa supaya Allah tunjukkan kebenarannya. Adakah akan ada pembelaan atas pertuduhan tersebut?

tanah kubur fitnah akhir zaman astro citra

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan telefilem Tanah Kubur Fitnah Akhir Zaman pada 1 Januari 2022, hari Sabtu, jam 9.00 malam menerusi slot Citra Exclusive di Astro Citra CH108.

Selain itu, untuk waktu yang lebih fleksibel, anda boleh saksikan secara On Demand atau menerusi aplikasi Astro Go yang boleh dimuat-turun di Play Store dan App Store.

Post a Comment

Previous Post Next Post