Telefilem Angan-Angan Mat Jiman (Citra Exclusive Astro Citra)

angan-angan mat jiman citra exclusive astro citra

Minggu ini, Astro Citra menerusi slot Citra Exclusive akan bawakan sebuah telefilem komedi, Angan-Angan Mat Jiman yang akan ditayangkan pada 25 Disember 2021.

BACA : Telefilem Cinta Round 1 Di Astro Citra (Citra Exclusive)

Cerita yang mengisahkan keadaan semasa iaitu berkaitan Covid-19 tersebut merupakan terbitan Arie Zaharie Production, penulisan skrip oleh Siti Aisyah dan diarahkan oleh Izuan Mokhtar.

Angan-Angan Mat Jiman menampilkan pelakon-pelakon popular Malaysia seperti Amerul Affendi, Fadhli Masoot, Chubb-E, Harris Anuar, Arie Zaharie, Aleza Shahdan, Bohari Ibrahim dan ramai lagi.

angan-angan mat jiman citra exclusive astro citra

Sinopsis Telefilem Angan-Angan Mat Jiman

Telefilem Angan-Angan Mat Jiman mengisahkan Jiman (lakonan Amerul Affendi) seorang pemuda kampung yang telah banyak kali gagal dalam dunia perniagaan dan ingin cuba sebuah bisnes yang baru.

Pada satu hari, Jiman ingin memulakan sebuah lagi perniagaan baru dan telah mendapat idea iaitu untuk dirikan sebuah bisnes untuk menghasilkan penawar virus Covid-19 yang sedang melanda negara termasuk kampung dia sendiri.

Dengan itu, Jiman telah melakukan pelbagai eksperimen bersama kawan-kawannya dengan lakukan terhadap binatan dan tumbuhan. Tetapi akhirnya eksperimen tersebut telah memaka dirinya sendiri apabila di keracunan.

Adakah ianya sekadar sebuah cerita rakyat, 'Angan-Angan Mat Jenin'? Saksikan cerita sepenuhnya di Astro Citra

angan-angan mat jiman citra exclusive astro citra

Jadi jangan lupa untuk saksikan Angan-Angan Mat Jimat pada 25 Disember ini, iaitu hari Sabtu jam 9.00 malam menerusi slot Citra Exclusive di Astro Citra CH108.

Selain itu, anda juga boleh tonton secara On Demand atau menerusi aplikasi Astro Go yang boleh dimuat-turun di App Store dan Play Store untuk waktu yang lebih fleksibel dan bila-bila masa sahaja.

Post a Comment

Previous Post Next Post