BSN Tawarkan Pinjaman Sebanyak RM10k Tanpa Faedah Untuk Mangsa Banjir

BSN Tawarkan Pinjaman Sebanyak RM10k Tanpa Faedah Untuk Mangsa Banjir

Akibat bencana banjir besar yang berlaku baru-baru ini dibeberapa buah negari, pastinya banyak barangan yang telah rosak dan tidak boleh digunakan lagi.

Disebabkan itu juga, mangsa pastinya perlukan barangan yang baru untuk keperluan rumah dan sekali gus perlu membelanjakan wang yang banyak.

BACA : Cara Semak Baki Akaun BSN Secara Online Dan SMS Untuk Tahun 2021

Atas keperihatinan tersebut, BSN telah menawarkan kemudahan BSN MyRinggit-i Banjir iaitu pembiayaan peribadi bertujuan untuk mengurankan beban kewangan yang perlu ditanggung oleh mangsa-mangsa banjir.

Apa Itu BSN MyRinggit-i Banjir?

BSN MyRinggit-i Banjir menawarkan jumlah pembiayaan (pinjaman) sehingga RM10,00 pada kadar 0% untuk tempoh pembiayaan 3.5 tahun termasuk moratorium selama 6 bulan pertama ke atas pembayaran ansuran bulan.

Cara Mohon

Mangsa-mangsa yang terkesan akibat banjir seluruh Malaysia sebelum ini boleh memohon dengan melengkapkan borang permohonan secara dalam talian bermula 27 Disember 2021.

Anda boleh layari laman web rasmi BSN iaitu www.bsn.com.my atau klik pautah PERMOHONAN ini

Selain itu, jika anda tidak mempunyai akses internet, anda boleh mohon secara manual dengan kunjungi cawangan BSN seluruh Malaysia atau berdekatan dengan anda.

Dokumen yang diperlukan semasa permohonan adalah

  1. Salinan kad pengenalan
  2. Salinan bil elektrik rumah yang terjejas
  3. Surat pengesahan daripada Pegawai Daerah/ JKKK/ laporan polis berkenaan rumah yang terjejas tersebut.

Status Permohonan

Pihak BSN akan memaklumkan status permohonan melalui sistem khidmat pesanan ringkat (SMS).

Selain itu, pemohon juga boleh semak status permohonan dari semasa ke semasa melalui laman web rasmi BSN

BSN Tawarkan Pinjaman Sebanyak RM10k Tanpa Faedah Untuk Mangsa Banjir

Jika anda sebarang persoalan, boleh hubungi Pusat Perhubungan Pelanggan di talian 1300-88-1900

Post a Comment

Previous Post Next Post