Umrah Ditangguhkan Sementara Mulai 8 Januari 2022

Umrah Ditangguhkan Sementara Mulai 8 Januari 2022

Kerajaan mengumumkan penangguhan sementara perjalanan mengerjakan umrah berkuat kuasa 8 Januari 2022 ekoran kes varian Omicron Covid-19.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memberitahu, penangguhan ini adalah bersifat sementara dan larangan tersebut akan kekal sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Penangguhan sementara ini dilakukan ekoran jangkitan Covid-19 yang tinggi di kesan dikesan dalam kalangan pengembara yang tiba dari Arab Saudi.

Sejak 1 Januari 2021, sebanyak 2,763 kes positif import yang telah dikesan dan daripada jumlah tersebut, 1, 446 kes dikesan dalam kalangan pengembara yang tiba dari Arab Saudi seperti yang dilaporkan oleh KKM.

Bukan itu sahaja, sehingga 31 Disember 2021, terdapat 64 kes Covid-19 disahkan varian Omicron dan 32 kes daripadanya adalah dikesan dalam kalangan jemaah umrah.

omicron jemaah umrah di malaysia

Oleh itu, Kerajaan melalui YAB Perdana Menteri bersetuju untuk menangguhkan sementara kebenaran perjalanan umrah sehingga tarikh yang dimaklumkan kelak.

Tempahan tiket penerbangan perjalanan umrah yang baru juga ditangguhkan berkuatkuasa 1 Januari 2022.

Selain itu, bagi jemaah yang akan berlepas ke Tanah Suci pada 1 hingga 7 Januari 2022 ini, mereka masih dibenarkan untuk meneruskan perjalanan.

Walaubagaimanapun, mereka perlu menjalani kuarantin di stesen kuarantin atau hotel yang telah dikenal pasti sebagai stesen oleh pihak NADMA apabila tiba di Malaysia bermula 3 Januari 2022.

Melalui sidang media yang dilakukan juga, Khairy memaklumkan pengangguhan sementara aktiviti umrah ini dijangka dapat membantu mengurangkan risiko penularan Omicron dalam negara sekali gus dapat memperlahankan peningkatan kes Covid-19




Post a Comment

Previous Post Next Post