Telefilem Tanah Kubur Peneman Di Astro Citra (Citra Exclusive)

Telefilem Tanah Kubur Peneman Di Astro Citra

Tanah Kubur is back! Tetapi kali ini menerusi telefilem Tanah Kubur Peneman yang akan bersiaran pada 29 Mei 2021 melalui slot Citra Exclusive di Astro Citra. Jika sebelum ini terkenal dengan drama siri, kali ini dibawa kepada pentas telefilem pula

Slot Citra Exclusive kali ini diteruskan dengan genre seram islamic melalui telefilem Tanah Kubur Peneman selepas cerita Dolla pada minggu lalu yang lebih kepada hiburan. Pastinya cerita kali ini sarat dengan pengajaran terutamanya apa yang ditunjukkan daripada watak Tok Adi.

Sinopsis Telefilem Tanah Kubur Peneman

Telefilem Tanah Kubur Peneman menceritakan Jebat yang menggunakan Saka untuk menipu pengikutnya tentang ajaran dibawanya. Tok Adi mula syak pada ajaran yang dibawa oleh Jebat setelah melihat perlakuan para pengikutnya yang terpesong.

Boleh ke tok adi nak selesaikan masalah ni pulak? Kenapa pulak boleh sesat? Saksikan kesemuanya di Astro Citra

Telefilem Tanah Kubur Peneman Di Astro Citra

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat ialah Nasir Bilal Khan, Fendy Bakry, Along Cham, Hamidah Wahab, Maisara Sufia, Syafi Tee, Mohd Syahir Aniq dan ramai lagi

Produksi Dan Pengarah

Telefilem Tanah Kubur Peneman diarahkan oleh Rashid Sibir dibawah syarikat produksi Opera Klasik Sdn Bhd.

Telefilem Tanah Kubur Peneman Di Astro Citra

Waktu Tayangan

Jangan lupa saksikan telefilem Tanah Kubur Peneman pada 29 Mei ini, hari Sabtu jam 9.00 malam di slot Citra Exclusive di Astro Citra. Anda juga boleh saksikan secara On Demand atau menerusi aplikasi Astro Go dan Ultra Box.

Post a Comment

Previous Post Next Post