Senarai Peserta Dan Biodata Hero Remaja 2021

Senarai Peserta Dan Biodata Hero Remaja 2021

Dengan norma baharu, senarai 12 peserta Hero Remaja 2021 diperkenalkan kepada umum melalui 8 episod prelude yang disiarkan di Astro Ria setiap minggu.

Jika tahun-tahun sudah, finalis Hero Remaja diperkenalkan melalui sidang media untuk semua peserta. Jadi orang ramai boleh mengenali peserta-peserta tersebut sekali gus.

Hero Remaja 2021 telah mulakan pencarian bakat terbaru mulai Disember 2020 lagi. Sekali lagi dengan norma baharu, permohonan dan ujibakat pusingan awal telah dilakukan secara online sahaja.

BACA : Kenali Lebih Rapat Biodata Hero Remaja 2020

Tahun 2021 ini merupakan musim-11 bagi Program Hero Remaja yang telah bermula sejak tahun 1990 lagi. Pada musim ke-10 yang lalu, walaupun negara dilanda COVID-19, tetapi acara ini dapat diselesaikan dengan akhirnya Nadhir Nasar dinobatkan sebagai juara.

Daripada 500 peserta yang datang semasa sesi uji bakat, hanya 12 peserta yang akan terpilih sahaha finalis akhir Hero Remaja 2021.

Senarai 12 Peserta Hero Remaja 2021

Seperti yang diumumkan pada awalnya, barisan finalis Hero Remaja 2021 akan diperkenalkan setiap minggu melalui 8 episod prelude yang ditayangkan setiap hari Sabtu, jam 9 malam di Astro Ria saluran 104.

Berikut merupkan senarai 12 barisan peserta Hero Remaja 2021 besera biodata dan informasi berkaitan.

#1 - Amir Ahnaf

Amir Ahnaf

Nama Sebenar : Muhammad Amir Ahnaf Bin Mohd Khairudin
Umur : 21 tahun
Asal : Terengganu
Pengajian : Diploma Reka Bentuk & Pembangunan Permainan atau Games Development (UPSI)
Akaun Instagram : @amir.ahnaff

Fakta Menarik

  • Pernah sertai uji bakat Hero Remaja sebanyak 4 kali
  • Berbakat dalam bidang muzik sejak kecil lagi
  • Bercita-cita untuk sertai bidang seni sejak kecil

#2 - Mierul Aiman

Mierul Aiman

Nama Sebenar : Muhammad Amirul Aiman Bin Norazman
Umur : 23 tahun
Asal : Putrajaya
Pengajian : Jurusan Mekanikal (UNISEL)
Akaun Instagram : @mierulaiman

Fakta Menarik

  • Bergiat aktif dalam persembahan pentas peragaan fesyen tempatan (model)
  • Minat dalam dunia lakonan
  • Aktif dalam sukan ragbi sejak 2011

#3 - Ideen Azman

Ideen Azman

Nama Sebenar : Ahmad Nuruddeen Bin Azman
Umur : 21 tahun
Asal : Melaka
Pengajian : Pelajar Jurusan Teater (ASWARA)
Akaun Instagram : @ideenazman

Fakta Menarik

  • Seorang guru sukan renang
  • Pandai berlakon, menyanyi dan bermain gitar
  • Anak ketiga daripada 4 orang adik beradik

#4 - Fazzie Muqris

Fazzie Muqris

Nama Sebenar : Muhammad Fazziq Muqris Bin Mohd Shariff 
Umur : 21 tahun
Asal : Selangor
Pengajian : Diploma Komunikasi Dan Media (UOW Malaysia KDU)
Akaun Instagram : @fazziqmuqris

Fakta Menarik

  • Mempunyai darah kacukan Melayu dan Inggeris
  • Aktif bermain bola sepak
  • Aktif sebagai seorang personaliti media sosial

#5 - Zaid Erakad

Zaid Erakad

Nama Sebenar : Muhammad Zaid Erakad Bin Hasbullah
Umur : 23
Asal : Selangor
Akaun Instagram : @airkadz_

Fakta Menarik

  • Seorang jurulatih bola lisut sekolah rendah
  • Penjual nasi lemak trak makanan
  • Pernah menyahut cabaran melakonkan watak 'stunt' dalam filem Paskal

#6 - Zaim Yazid

Zaim Yazid

Nama Sebenar : Muhammad Zaim Bin Yazid
Umur : 22
Asal : Selangor
Pengajian : Diploma Kejuruteraan Baik Pulih Badan (UNISEL)
Akaun Instagram : @zaimyazid

Fakta Menarik

  • Pernah menetapi di Australia selama 6 tahun
  • Seorang pelatih fitness secara sambilan
  • Pandai bermain silap mata

#7 - Syazani Zainal

Syazani Zainal

Nama Sebenar : Muhammad Syazani Bin Zainal
Umur : 19 tahun
Asal : Selangor
Akaun Instagram : @syzniznl

Fakta Menarik

  • Peserta termuda dalam Hero Remaja 2021
  • Mengidolakan Ji Chang Wook dan Alif Satar dalam bidang lakonan

#8 - Farhan Nordin

Farhan Nordin

Nama Sebenar : Noor Farhan Bin Nordin
Umur : 23 tahun
Asal : Johor
Pengajian : Graduan jurusan TESL (MSU)
Akaun Instagram : @frhnnordin

Fakta Menarik

  • Bekas guru praktikal
  • Aktif bermain bola sepak
  • Sikap mudah mesra
  • Ketinggian 193cm

#9 - Aqil Taqee

Aqil Taqee

Nama Sebenar : Aqil Taqeeuddin Bin Tuhit
Umur : 22 tahun
Asal : Kuala Lumpur
Pengajian : Diploma Sains Sukan (UiTM Shah Alam)
Akaun Instagram : @aqltaqee

Fakta Menarik

  • Berdarah kacukan Cina
  • Pernah mewakili negara dalam sukan ragbi ke Hong Kong pada usia 17 tahun
  • Minat ke arah bidang lakonan

#10 - Alif Haiqal

Alif Haiqal

Nama Sebenar : Muhammad Alif Haiqal Bin Razulan
Umur : 21 tahun
Asal : Kuala Lumpur
Akaun Instagram : @aalifhqal

Fakta Menarik

  • Anak bongsu kepada 9 orang adik-beradik
  • Pernah bekerja sebagai model, pelayan restoren dan personal shopper

#11 - Afiq Hamidon

Afiq Hamidon

Nama Sebenar : Afiq Hilman Bin Hamidon
Umur : 20 tahun
Asal : Selangor
Pengajian : Pelajar Akademi Penerbangan
Akaun Instagram : @afiq_hamidon

Fakta Menarik

  • Minat dalam sukan tenis dan renang
  • Pernah menetapid Amerika Syarikat selama 4 tahun
  • Bercita-cita menjadi seorang juruterbang

#12 - Aryan Naim

Aryan Naim

Nama Sebenar : Muhammad Naim Bin Zamri
Umur : 24 tahun
Asal : Negeri Sembilan
Akaun Instagram : @aryannaimz_

Fakta Menarik

  • Pernah sertai uji bakat Hero Remaja sebanyak 4 kali
  • Anak sulung dari 4 adik-beradik
  • Mempunyai adik-beradik kembar bersama Mohd Zaim
  • Pernah berkecimpung dalam dunia drama dan iklan komersil

Anda boleh mula undi peserta Hero kegemaran anda di www.remaja.my/hero/


sumber : Remaja

Post a Comment

Previous Post Next Post