Kenali Lebih Rapat Biodata Hero Remaja 2020

Kini Hero Remaja 2020 bagi edisi ke-10 kembali menemui anda di Astro. Rancangan realiti bagi mencari seorang Hero ikon pemuda Malaysia.

Kenali Lebih Rapat Biodata Hero Remaja 2020

Rancangan ini kebiasaanya diadakan berselang dengan Dewi Remaja yang diadakan pada tahun 2019 yang lepas. Rancangan ini telah dianjurkan oleh Majalan Remaja terbitan Karangkraf. Bagi tayangan tv pula ianya disiarkan di Astro RIA.

Hero Remaja 2020 tahun di tayangkan bermula 27 Februari 2020 setiap Khamis jam 9 malam. Tahun ini, Ain Edruce dipertanggungjawabkan mengacara program ini dan kesemua 12 peserta akan di adili oleh 2 juri tetapi iaitu Scha Al-Yahya dan Datuk Hans Isaac serta jurit jemputan yang berbeza setiap minggu.

Sebagai imbasan, sebenarnya ramai artis lelaki yang popular sekarang datang daripada Hero Remaja yang telah 3 dekad diadakan sejak 1990.

Bekas Juara Hero Remaja

  1. Hero Remaja 1990 - Esma Daniel
  2. Hero Remaja 1993/1994 - Suhaidi
  3. Hero Remaja 1997 - Wan Shahlim
  4. Hero Remaja 1999 - Kusyairi Ahmad
  5. Hero Remaja 2001 - Zed Zaidi 
  6. Hero Remaja 2004 - Zawen Anwar
  7. Hero Remaja 2007/2008 - Kamal Adli 
  8. Hero Remaja 2012 - Fattah Amin
  9. Hero Remaja 2017 - Alif Muhaimin

Antara peserta lain yang tidak digelar juara tapi bersinar di dalam industri seperti Fizo Omar, Syafiq Kyle, Ben Amir, Ashraf Sinclair, Ammar Alfian dan ramai lagi.

Biodata Hero Remaja 2020

Untuk edisi kali ini, katanya ramai datang daripada kalangan influencer yang sudah ramai pengikut di Instagram terutamanya. Jadi jom kita lihat sedikit biodata ringkas peserta Hero Remaja 2020.

1.   Aniq

Aniq

Nama Sebenar : Muhammad Aniq Suhair Mohd Salleh
Umur : 20 tahun
Asal : Selangor
Peringkat Pengajian : Pengajian Asasi di Taylor's University
Akaun Instagram : @aniqshr

Fakta Menarik

  • Mempelajari seni mempertahankan diri, Taekwando sejak umur 7 tahun
  • Bertugas sebagai pelatih kanak-kanak dalam seni Taekwando
  • Pemegang 2 pingat emas dan 1 perak mewakili Malaysia di Korea Selatan pada 2014

2.   Nadhir

Nadhir

Nama sebenar : Ahmad Nadhir Ahmad Nasar
Umur : 24 tahun
Asal : Petaling Jaya, Selangor
Peringkat Pengajian : Graduan bidang Komunikasi Massa di Universiti Teknologi Mara (UiTM)
Akaun Instagram : @nadhirnasar_

Fakta Menarik

  • Seorang model yang berpengalaman di pentas peragaan
  • Menjadi pelakon indie sebagai rujukan untuk menceburi seni lakonan kelak.
  • Mempunyai bakat dalam seni lukisan

3.   Umar

umar

Nama sebenar : Muhd Umar Badrol Hisham
Umur : 22 tahun
Asal : Johor
Peringkat Pengajian : Penuntut Jurusan Perhubungan Awam di Universiti Malaya (UM)
Akaun Instagram : @umarhishammm

Fakta Menarik

  • Suka bermain alat muzik gitar dan membaca ketika ada masa lapang
  • Seorang yang cepat mempelajari perkara baharu
  • Berkeyakinan dan mempunyai pelbagai bakat

4.   Haziq

Haziq

Nama sebenar : Mohamad Haziq Nazimuddin 
Umur : 23 tahun
Asal : Wangsa Maju, Kuala Lumpur
Akaun Instagram : @haziqnz

Fakta Menarik

  • Bekerja sebagai florist selepas tamat persekolah
  • Membuka dan menjalankan perniagaan menjual bunga dan menjadikan sebagai karier utama
  • Seorang model sambilan dan pernah membintangi iklan televisyen

5.   Azri

Azri

Nama sebenar : Mohamad Azri Abd Khair
Umur : 24 tahun
Asal : Shah Alam, Selangor
Peringkat Pengajian : Telah tamat pengajian dalam bidang pemasaran di Multimedia University (MMU)
Akaun Instagram : @azri.khair

Fakta Menarik

  • Membesar di Dubai ketika berumur 9 tahun sehingga 18 tahun
  • Pernah menghadiri ujibakat Hero Remaja 2020 sebanyak 2 kali sebelum diterima
  • Suka bersenam di Gym

6.   Hariz

Hariz

Nama sebenar : Muhammad Hariz Muhammad Hamdan
Umur : 18 tahun
Asal : Selangor
Peringkat Pengajian : Sekolah tingkatan 5, Bandar puncak Alam
Akaun Instagram : @harizws

Fakta Menarik

  • Memperoleh keputusan 5A (lulus semua matapelajaran) dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada baru-baru ini 
  • Peserta termuda di dalam Hero Remaja 2020
  • Meminati bidang fizik
  • Pernah dibuli ketika berada di sekolah rendah gara-gara fizikalnya yang gemuk
  • Ambil initiatif menurunkan berat badan sejak tingkatan 3
  • Bercita-cita untuk melibatkan diri di dalam dunia hiburan

7.   Meerqeen

Meerqeen

Nama sebenar : Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam
Umur : 19 tahun
Asal : Ampang, Selangor
Peringkat Pengajian : Kolej Vokasional Gombak dalam jurusan Insuran
Akaun Instagram : @meerqeen

Fakta Menarik

  • Gemar sukan ragbi
  • Pernah mendapat tentangan keluarga bagi menyertai rancangan Hero Remaja 2020, tetapi akhirnya direstui demi mencapat cita-cita menjadi anak seni
  • Terpaksa menangguhkan pengajian buat sementara bagi memberi komitmen kepada program ini

8.   Jazmy

Jazmy

Nama sebenar : Jazmy Khan Bin Juma Khan
Umur : 22 tahun
Asal : Puchong, Selangor
Peringkat Pengajian : Diploma dalam bidang Binaan dan Pembangunan
Akaun Instagram : @jazmyjuma

Fakta Menarik

  • Lahir di Ipoh dan menetap di Puchong, Selangor
  • Berdarah kacukan Pakistan dan Melayu
  • Menggemari sukan ragbi dan bola sepak
  • Suka memancing
  • Memasang impian untuk menceburi bidang peragaan

9.   Azim

Azim

Nama sebenar : Abdul Azim Mohd Yusof
Umur : 23 tahun
Asal : Selangor
Peringkat Pengajian : Diploma dalam bidang Kejuruteraan Awam di Politeknik Merlimau, Melaka
Akaun Instagram : @azimyusof_

Fakta Menarik

  • Melibatkan diri dalam dunia peragaan sejak 2 tahun lepas
  • Dikenali sebagai 'Abang Trivago'
  • Suka mengisi masa lapang dengna aktiviti riadah bagi kelihatan fit
  • Berminat meceburkan diri dalam seni lakonan dan pengacaraan

10.   Imran

Imran

Nama sebenar : Mohammad Imran Aqil Mohd Salehuddin
Umur : 21 tahun
Asal : Kuala Lumpur
Peringkat Pengajian : Pelajar Politeknik Sultan Idris Shah dalam bidang Kejuruteraan Komputer Elektronik
Akaun Instagram : @ijeebster

Fakta Menarik

  • Mempunyai follower Instagram lebih daripada 120,000 followers
  • Adik kepada bekas finalist Hero Remaja 2017, Nabil Aqil
  • Seorang influencer di media sosial
  • Minat sertai aktiviti kesukarelawan untuk misi kemanusiaan seperti ke Vietnam baru-baru ini
  • Ingin berdiri di atas kaki sendiri tanpa berselindung di sebalik populariti abangnya

11.   Tom

Tom

Nama sebenar : Thompson Goh
Umur : 23 tahun
Asal : Sarawak
Peringkat Pengajian : Penuntut Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) secara separuh masa
Akaun Instagram : @iamtomsz

Fakta Menarik

  • Wakil bumi kenyalang, Sarawak
  • Bertubuh sado
  • Berdarah campuran Cina dan Melayu
  • Ingin menyebarkan inforamasi berkaitan dunia fitness kepada orang ramai
  • Gemar dalam aktiviti mendaki gunung dan berenang

12.   Jabir

Jabir

Nama sebenar : Jabir Bin Jilani Meftah
Umur : 20 tahun
Asal : Selangor
Peringkat Pengajian : Penuntut di Universiti Teknologi Petronas (UTP)
Akaun Instagram : @jabirmeftah

Fakta Menarik

  • Berdarah kacukan Tunisia dan Kedah
  • Pernah viral dalam Anugerah MeleTOP ERA 2019
  • Sertai model sambilan
  • Presiden Youth Care Malaysia
  • Penerima biasiswa Yayasan Peneraju
  • Menerima tawaran bagi mengikuti pengajian di Universiti Teknologi Petronas (UTP) dalam bidang Kejuruteraan Kimia
  • Berminat menjadi pelakon

sumber : remaja.my/hero

Baca Juga

0/Post a Comment/Comments

Recommended