Pencarian Peserta Hero Remaja 2021 Kini Bermula! Ikuti Cara Permohonan Secara Online Disini

Pencarian Peserta Hero Remaja 2021 Kini Bermula! Ikuti Cara Permohonan Secara Online Disini

Nampaknya kali ini 2 tahun berturut-turut Hero Remaja berlangsung. Kini mereka sedang mencari peserta bagi program Hero Remaja 2021 yang mana ujibakat dan permohonan hanya dilakukan secara online sahaja.

Program Hero Remaja sudah bermula sejak tahun 1990 lagi dan kini akan memasuki musim ke-11 bagi tahun 2021 kelak. Edisi ke-10 yang telah berlangsung pada tahun 2020 telah disertai oleh 12 peserta dan akhirnya Nadhir Nasar telah dinobatkan sebagai juara yang ketika itu berlangsung dalam norma baharu.

Pencarian peserta dan ujibakat kali ini pun akan berlangsung dalam norma baharu dimana ianya semua dilakukan secara online sahaja. Pastinya langkah ini bagi mengelakkan penularan COVID-19 kepada orang lain.

BACA : Kenali Lebih Rapat Biodata Hero Remaja 2020

Sekali lagi, melalui Majalah Remaja bekerjasama bersama Astro membuka kembali peluang bagi kalangan lelaki untuk mencuba melalui ujibakat pencarian Hero Remaja kali ini.

Pencarian Hero Remaja 2021

Pencarian Peserta Hero Remaja 2021 Kini Bermula!

Jadi kepada lelaki diluar sana yang berminat untuk sertai ujibakat Hero Remaja 2021, anda boleh mohon secara online bermula 7 Disember hingga 20 Disember 2020. Untuk peringkat pertama, anda perlu menghantarkan borang penyertaan di www.remaja.my/auditionhero2021 dan mengisi butiran peribadi. 

Dalam borang permohonan online tersebut, anda perlu masukkan maklumat peribadi, gambar dan juga 1 video pengenalan diri berdurasi 1 minit.

Syarat Permohonan

  1. Warganegara Malaysia
  2. Bujang / tidak pernah berkahwin
  3. Berumur antara 18 - 24 tahun pada tahun 2021
  4. Memiliki ketinggian melebihi 5'7'' (170 cm) dan bentuk badan yang ideal serta positif
  5. Mempunyai kelulusan pendidikan yang baik di peringkat SPM/Diploma/Ijazah
  6. Mempunyai daya komitmen yang tinggi, daya fizikal dan mentaliti yang kuat serta berdisiplin
  7. Bijak, positif, memilik personaliti menarik, keperibadian dan minat yang mendalam untuk berjaya dalam industri seni hiburan, bidang peragaan atau bidang yang lain yang ingin diceburi
  8. Fotogenik, versatil dan berbakat
  9. Memiliki kriteria, keperibadian dan aura seorang ikon remaja milenia Malaysia

Peringkat Pertama Ujibakat

Untuk peringkat pertama ujibakat Hero Remaja 2021 kali ini, ianya hanya dilakukan secara online sahaja. Maka disini 'bakal hero' akan dinilai dan jika berjaya, anda akan disenarai pendekkan untuk ke peringkat seterusnya bagi ujibakat secara fizikal pula.

Program ujibakat pencarian peserta Hero Remaja 2021 ini juga akan disiarkan di salurang Astro Ria kelak. Saksikan nanti.

Post a Comment

Previous Post Next Post