Tahniah Nadhir Nasar Dinobat Sebagai Juara Hero Ramaja 2020

Tahniah Nadhir Nasar Dinobat Sebagai Juara Hero Ramaja 2020

Selepas mengharungi pelbagai cabaran bermula pada Februari yang lepas, akhirnya Nadhir Nasar dinobat sebagai Juara Hero Remaja untuk tahun 2020. Pengumuman itu dibuat pada malam khamis yang lepas.

Untuk tahun 2020 ini, Hero Remaja merupakan edisi ke-10 yang mana pada edisi ke-9 telah di adakan pada 3 tahun yang lepas yang pada itu telah dimenangi oleh Alif Muhaimin iaitu pada tahun 2017.

Pada edisi kali ini, seramai 12 peserta Hero Remaja  yang telah menyertai pertandingan realiti yang dianjurkan oleh Majalah Remaja terbitan Karangkraf bersama-sama Astro RIA. Selepas mengharungi beberapa minggu termasuklah penundaan pertandingan disebabkan pandemik yang bermula pada 18 Mac yang lepas, akhirnya rancangan tersebut disambung semula.

Nadhir Nasar Dinobat Sebagai Juara Hero Remaja 2020

Tahniah Nadhir Nasar Dinobat Sebagai Juara Hero Ramaja 2020

Acara akhir telah diadakan dengan kawalan ketat yang mengikut SOP yang telah ditetapkan. Pada malam tersebut hanya 50 penonton sahaja yang dibenarkan berada di lokasi acara tetapi orang awam masih lagi dapat menonton iaitu melalui Astro RIA yang telah ditontonkan pada 9 malam pada 16 Julai 2020 (khamis) yang lepas.

Pada malam tersebut, terdapat 5 peserta yang berjaya ke peringkat akhir iaitu Nadhir Nasar, Umar Hisham, Meerqeen, Jabir Meftah dan Haziq. Juri yang mengadili mereka berlima adalah daripada juri tetap iaitu Datuk Hans Isaac dan Scha Alyahya dan juga juri jemputan, Yursy Abdul Halim

Datuk Hans Isaac seperti ketua juri telah mengumumkan dimana Nadhir Nasar dinobat sebagai Juara Hero Remaja 2020 manakala Umar Hisham sebagai naib juara. Sementara itu, Meerqeen berada di tempat ketiga dan diikuti Jabir Meftah di tempat keempat dan Haziq di tempat kelima.

Selain itu juga, terdapat anugerah lain iaitu Hero Inspirasi yang dimenangi oleh Imran Aqil yang telah diundi daripada peserta Hero-Hero Remaja lain beserta para juri. Manakala bagi undian online pula, terdapat satu anugerah iaitu Hero Confident NIVEA Men yang telah dimenangi oleh Aniq Suhair yang telah mendapat sebanyak 30,000 undian.

Tahniah kepada semua pemenang!

Post a Comment

Previous Post Next Post