Tonton drama Hello Jangan Tapau Cintaku Tv3 (slot Lestary)

drama Hello Jangan Tapau Cintaku Tv3 (slot Lestary) & iqiyi Malaysia

Drama bagi slot Lestary diteruskan lagi. Kali ini Tv3 membawakan sebuah drama siri Malaysia terbaru, Hello Jangan Tapau Cintaku yang akan mula bersiaran pada 4 Ogos 2021, juga secara online di iqiyi Malaysia.

Sebelum ini, drama Ayahanda yang telah menarik ramai tontonan setiap kali ditayangkan. Jadi drama terbaru arahan Idora Abdul Rahman, terbitan Mache All Star United Sdn. Bhd ini pastinya mahukan penerimaan yang baik khusus bagi peminat drama melayu.

Hello Jangan Tapau Cintaku merupakan drama adaptasi novel dengan tajuk yang sama karya Hasreeyati Ramil yang dilakonkan watak daripada barisan pelakon seperti Nafiz Muaz, Nur Elisya, Syeriniemyra dan Eyka Farhana sebagai watak utama

Mereka dibantu oleh Lisdawati llie Suriaty, Amyza Aznan, Dynas Mokhtar, Sefik Khair, Cahaya Nilam, Makwan, Badrul Muhayat, Meiza Edora, Ikhwan Khairudin dan ramai lagi.

drama Hello Jangan Tapau Cintaku Tv3 (slot Lestary) & iqiyi Malaysia

Sinopsis drama Hello Jangan Tapau Cintaku

Drama ini mengisahkan tentang seorang gadis kampung yang bernama Ain Dheya (Nur Elisya), yang datang bekerja di bandar. Memandangkan keluarganya susah, dia amat penjimat orangnya dan sifat yang paling tidak dapat dikikis ialah sifat tapau.

Ash Fayyad (Nafiz Muaz), seorang anak hartawan yang pemboros, sukat menyakitkan hati orang di sekelilingnya dan sombong.

Kisah mereka bermula apabila Ash Fayyad menawarkan wang bernilai RM50,000 kepada sesiapa sahaja yang sanggup menjaga adik perempuannya yang berkerusi roda. Ain Dheya yang terdesak memerlukan duit untuk membayar hutang sewa tanah orang tuanya menerima tawaran tersebut.

Bermacam-macam peristiwa yang terjadi selama Ain Dheya berada di rumah Ash Fayyad. Hinggakan huru-hara jadinya satu rumah itu. Berputikkah cinta yang tak masuk dek akal antara Ain Dheya dan Ash Fayyad nanti?

drama Hello Jangan Tapau Cintaku Tv3 (slot Lestary) & iqiyi Malaysia

Waktu tayangan

Drama 13 episod, Hello Jangan Tapau Cintaku akan bersiaran setiap rabu hingga sabtu, pukul 9.00 malam di slot Lestary Tv3 bermula 4 Ogos ini. Anda juga boleh saksikan secara online di iqiyi Malaysia atau website www.iq.com secara percuma sejurus selepas habis tayangan di tv; jam 10 malam.

drama Hello Jangan Tapau Cintaku Tv3 (slot Lestary) & iqiyi Malaysia

Semua episod drama Hello Jangan Tapai Cintaku

Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 (Akhir) 


Post a Comment

Previous Post Next Post