Semua Masjid Mukim, Surau Dan Musolla Di Kelantan Diarahkan Tutup

Semua Masjid Mukim, Surau Dan Musolla Di Kelantan Diarahkan Tutu

Kerana bimbang akan kes penularan COVID-19, Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) telah mengumumkan penutupan semua masjid mukim, surau dan musolla di seluruh negeri Kelantan.

Pemakluman ini telah mendapat perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V, Sultan dan Yang Dipertuan bagi negeri Kelantan Darul Naim.

Masjid-masjid mukim tidak dibenarkan untuk melaksanakan Solat Jumaat, Solat Fardu, Solat Terawih dan aktiviti-aktiviti lain sepanjang penutupan.

Semua Masjid Mukim, Surau Dan Musolla di Kelantan Ditutup

Penutupan ini akan bermula 21 April 2021 sehingga suatu tarikh yang akan dimaklumkan. Jadi untuk Solat Jumaat, Solat Fardhu dan Solat Sunat Tarawih hanya di benarkan di Masji Negeri, Bandar dan Jajahan sahaja. Hanya 17 masjid bandar dan jajahan Kelantan sahaja dibenarkan beroperasi:

  1. Masjid Muhammadi, Kota Bharu
  2. Masjid Al Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian
  3. Masjid Al-Ismaili Bandar baru Pasir Pekan
  4. Masjid Sultan Mansor, Kampung Sireh
  5. Masjid D'Raja Long Yunus, Langgar
  6. Masjid Sultan Muhammad II, Telipot
  7. Masjid Bandar As-Salam, Pengkalan Chepa
  8. Masjid Ismaili Jajahan Tumpat
  9. Masjid Mahmoodi Jajahan Bachok
  10. Masjid Ibrahimi Jajahan Pasir Puteh
  11. Masjid Sultan Yahya Petra, Jajahan Machang
  12. Masjid Tengku Muhammad Faris Petra, Jajahan Kuala Krai
  13. Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra, Jajahan Gua Musang
  14. Masjid Sultan Muhammad I, Jajahan Jeli
  15. Masjid Sulta Muhammad III, Jajahan Pasir Mas
  16. Masjid Ismail Petra Jajahan Tanah Merah
  17. Masjid Bandar ANn-Nur Chuchil, Kuala Krai

Walaubagaimanapun, pelaksanaan solat adalah dibenarkan untuk 50% daripada kapasiti masjid selepas penjarakan 2 meter. Manakala aktiviti-aktiviti lain termasuk tazkiran, tadarus al-Quran, iktikaf dan lain-lain aktiviti di masjid adalah tidak dibenarkan.

Sekiranya ingkat, tindakan sewajarnya akan diambil di atas kegagalan untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan ini. 

Semua Masjid Mukim, Surau Dan Musolla Di Kelantan Diarahkan Tutu


sumber : MAIK

Post a Comment

Previous Post Next Post