PKP Dilaksanaka Pada 7 Daerah Di Kelantan Bermula 16 April Ini

PKP Dilaksanaka Pada 7 Daerah Di Kelantan Bermula 16 April Ini

Melalui kenyataan media daripada Menteri Kanan Keselamatan, Dato Seri Ismail Sabri dimana hari Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di 7 daerah di negeri Kelantan bermula 16 April hingga 29 April 2021.

PKP Di 7 Daerah Di Kelantan

Pelaksanaan PKP ini melibatkan jajahan atau daerah Kota Bharu, Pasir Mas, Pasir Puteh, Bachok, Machang, Tumpat dan Tanah Merah. 

Keputusan ini dibuat setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM serta selepas perbincangan dengan Kerajaan Negeri Kelantan sendiri.

PKP Dilaksanaka Pada 7 Daerah Di Kelantan Bermula 16 April Ini

Keputusan ini dibuat bagi memastikan pergerakan penduduk di lokaliti ini dapat dikawal bagi mengelakkan penularan jangkiran COVID-19 ke kawasan lain.

Sehingga 14 April 2021, terdapat 9 kluster baru telah dilaporkan dalam tempoh 14 hari dengan kadar kebolehjangkitan dalam komuniti adalah tinggi. Dalam tempoh itu juga, KKM mengesahkan berlaku peningkatan kes sebanyak 30.5% di negeri Kelantan iaitu daripada 756 kes kepada 1088 kes dan kesemua 7 daerah ini berada di dalam Zon Merah.

SOP Sepanjang PKP

Jadi SOP sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di 7 daerah adalah seperti berikut :

  • Sekatan jalanraya akan diadakan di semua sempadan daerah dan sempadan negeri.
  • Semua sektor ekonomi dan perniagaan yang diluluskan oleh Kementerian/Agensi yang berkaitan BOLEH beroperasi dalam tempoh PKP
  • Pelaksanaan PKP daerah-daerah ini akan mengikut SOP Am Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikemaskini pada 26 Februari 2021 yang lalu

Sebelum ini juga, Kerajaan Negeri telah membatalkan segala aktiviti Bazar Ramadan beserta Madinah Ramadan iaitu 2 hari sebelum Ramadan berikutan kes jangkitan yang naik mendadak.


sumber : MKN

Post a Comment

Previous Post Next Post