Seleksi Resepi Puding Dan Agar-Agar Sesuai Untuk Juadah Rumah Terbuka

resepi puding dan agar-agar

Rumah terbuka di Hari Raya dengan rakyat Malaysia tidak boleh dipisahkan. Pada masa itulah, pelbagai juadah dihidangkan antaranya adalah manisan daripada puding dan agar-agar. Ini ada resepi untuk anda.

Manisan puding dan agar-agar ini sangat diminati oleh ramai orang. Ianya boleh dimakan sebelum atau selepas santapan berat. Jika ada juadah ini, barulah lengkap menu rumah terbuka termasuklah menu pencuci mulut ini.

10 Seleksi Resepi Puding Dan Agar-Agar

Terdapat pelbagai jenis puding dan agar-agar yang bukan sahaja cantik, bahkan sedap dimakan. Jadi terdapat 10 jenis seleksi resepi puding dan agar-agar untuk anda pertimbangkan sebagai sajian hidangan kepada tetamu kelak.

1.  Agar-Agar Santan Pandan

Agar-Agar Santan Pandan

Bahan-Bahan

  • 20 g agar-agar bertali (boleh juga guna serbuk agar-agar 10g atau 11g)
  • 5 cawan air
  • 1 cawan gula (ikut citarasa)
  • 1/4 cawan gula
  • 1 kotak santan kara 200ml dan 1 cawan air (2 cawan santan)
  • 1 biji telur
  • 3 helai daun pandan (simpulkan)
  • 1 sudu teh pewarna hijau epal
  • Sedikit esen vanila (jika suka)
  • Sedikit garam

Cara Memasak

1.  Masak agar-agar bersama air hingga larut. Masukkan gula dan kacau rata, kemudian masukkan daun pandan serta pewarna hijau, kacau biar sekata

2.  Pecahkan telur di dalam santan, kacau sebati (gunakan whisk)

3.  Tuang dalam periuk agar-agar tadi dan kacau. Masukkan sedikit esen vanila serta sedikit garam, kacau seketika. Biarkan agar-agar ini mendidih dan membuak hingga kepermukaan periuk. Jangan usik dan tutup api. Keluarkan daun pandan

4.  Tuang terus dalam loyang bulat 10 inci atau ikut acuan masing-masing

5.  Biarkan sejuk, dengan sendirinya adunan akan terbentuk lapisan sama (atau selepas tuang adunan dalam loyang). Cuba gerak-gerakkan loyang kiri kanan seketika supaya agar-agar akan lebih mudah terbentuk dan lapisan akan sama besar

6.  Simpan di dalam peti sejuk, potong dan boleh dihidangkan

2.  Agar-Agar Roti Ceria

Agar-Agar Roti Ceria

Bahan-Bahan

Cara Memasak

1.  Masak agar-agar bersama air hingga larut

2.  Masukkan gula dan kacau sehingga rata

Bahan B

  • 8 keping roti massimo/gardenia (gunting kecil)
  • 1 tin susu cair
  • 1 biji telur
  • 2 sudu makan susu pekat manis
  • 2 sudu makan butter (cairkan dulu atas api perlahan)
  • 1 sudu makan tepung kastard
  • 1 sudu teh esen vanila
  • Pewarna

Cara memasak

1.  Kisar semua bahan di atas kecuali pewarna hingga hancur halus

2.  Tuang dalam periuk agar-agar tadi dan kacau sehingga sebati. Sentiasa kacau sehingga mendidih (elak ianya berketul) dan tutup api

3.  Ambil 3 cawan puding tadi dan tuang di dalam loyang yang telah dibasah dengan air. Bekukan seketika

4.  Asingakn lagi 3 cawan adunan puding ke dalam bekas dan ketepikan

5.  Lebihan adunan bahagikan pada 5 bekas sama banyak. Warnakan ikut suka

6.  Tuang adunan berwarna guna sudu satu-satu atas puding tadi sehingga habis (letak/susun adunan warna cara memanjang berselang seli. Bertindan-tindan sehingga habis)

7.  Akhir sekali, ratakan adunan asal tadi (yang 3 cawan) ke atas puding berwarna dan ratakan keseluruhan atas puding. Sejukkan dalam peti sejuk

8.  Selepas 2 jam, cungkil di bahagian tepi-tepi puding dan telangkupkan atas pinggan rata perlahan-lahan

9.  Sedia untuk dihidangkan.

3.  Agar-Agar Sirap Laici

Agar-Agar Sirap Laici

Bahan-Bahan

  • 20g agar-agar tali (cuci dan toskan)
  • 5 cawan air
  • 1 cawan gula
  • 1 tin laici
  • 2 cawan air tin laici (tak cukup, boleh tambah air)
  • 2-3 sudu makan biji selasih (rendam dahulu) dengan air panas)
  • Secubit garam
  • Sirap ros

Cara Memasak

1.  Masak agar-agar dengan air hingga larut, masukkan gula dan kacau sehingga larut

2.  Masukkan air laici tadi dalam periuk agar-agar dan kacau serata. Letakkan sedikit garam dan masak hingga mendidih. Tutup api

3.  Acuan biru, susunkan laici setiap lekuk dalam acuan dan tuang agar-agar hingga paras laici atau lebih. Jika da ruang bahagian laici yang kosong taburkan sedikit biji selasih dan biarkan sederhana beku

4.  Lebihan agar-agar warnakan dengan sirap rose. Masukkan lebihan selasih tadi dan kacau rata

5.  Agak-agak jika sudah sederhana beku agar-agar tadi, boleh tuang perlahan-lahan agar-agar sirap rose kesemuanya dan biarkan beku. Simpan dalam peti sejuk

6.  Selepas 4-5 jam boleh keluarkan. Enak dan sedap dimakan ketika sejuk.

4.  Agar-Agar Tembikai

Agar-Agar Tembikai

Bahan-Bahan

  • 20g agar-agar bertali (cuci dan rendam dalam 1 jam)
  • 2 cawan air
  • 1 cawan gula (boleh tambah lagi 1/4 cawan gula jika suka manis)
  • 1 tin susu cair
  • 2 sudu makan tepung kastard
  • 2 cawan tembikai (potong dadu kecil, sukat 2 cawan)
  • Sedikit garam
  • Sedikit pewarna hijau
  • 1-2 sudu teh pewarna merah oil base
  • Sedikit bijan hitam

Cara Memasak

1.  Masak agar-agar bersama dengan air hingga larut, masukkan gula dan kacau rata

2.  Masukkan cucu cair, kemudian masukkan tepung kastard. Kacau rata sehingga sebati, masukkan secubit garam

3.  Kisar tembikai dengan 1/2 cawan adunan agar-agar yang dimasak sehingga hancur

4.  Ambil 1 cawan adunan agar-agar warnakan hijau, tuang dalam loyang/acuan. Biarkan beku seketika

5.  Ambil lagi 1 cawan adunan agar-agar tuang di atas agar-agar hijau tadi. Biarkan adunan beku seketika

6.  Tembikai yang telah di kisar kemudiannya di tuang ke dalam periuk agar-agar. Warnakan merah dan besarkan api semula. Kacau rata sehingga agar-agar itu mendidih. Tutup api

7.  Terus tuang perlahan-lahan agar-agar tembikai di atas agar-agar sehingga habis. Biarkan sejuk/beku

8.  Masukkan dalam peti sejuk. Selepas 2 jam barulah dipotong ikut suka. Sedia untuk dimakan.

5.  Agar-Agar Selasih

Agar-Agar Selasih

Bahan Lapisan Bawah

  • 1/2 peket serbuk agar-agar (10g - 11g)
  • 1 tin susu cair
  • 1 cawan air
  • 1/2 cawan gula (boleh tambah gula jika suka manis)
  • Secubit garam halus

Cara Memasak

1)  Masak air dan masukkan sebuk agar-agar dan gula, masak sehingga larut

2)  Tuang susu cair dan kemudian masukkan garam secubit. Kacau sebati

3)  Masak hingga mendidih kemudian tutup api. Tapis dan tuang ke dalam loyang atau acuan yang dibasahkan dengan air

4)  Biarkan ia mengeras

Bahan Lapisan Atas

  • 1/2 peket serbuk agar-agar (10g-11g yang berbaki tadi)
  • 3 cawan air
  • 3/4 cawan gula (boleh kurangkan sedikit gula)
  • 3 sudu makan biji selasih
  • 2 sudu makan pati sirap ros (nak warna pekat lagi boleh tambah)
  • 4 helai daun pandan (simpulkan)
  • Secubit garam halus

Cara Memasak

1)  Sebelum itu rendam biji selasih selama 2 jam lebih (bagi ia kembang)

2)  Didihkan air, masukkan serbuk agar-agar dan gula hingga larut. Tuang pati sirap ros. Kacau rata dan masukkan daun pandan dan secubit garam

3)  Biarkan mendidih seketika. Tutup api, tapis adunan dan tuang dalam bekas biji selasih. Kacau sebati

4)  Sebelum tuang, cakar-cakarkan dulu permukaan agar-agar tadi. Baru tuang agar-agar selasih di atasnya. Biarkan mengeras dan sejukkan dalam peti sejuk dalam 2 jam lebih

5)  Sedia dipotong dan dihidangkan

6.  Puding Sagu Gula Melaka

Puding Sagu Gula Melaka

Bahan-Bahan

  • 2 cawan sagu (direndam 1/2 jam)
  • 4 cawan air (tambah air bila perlu)
  • 2 helai daun pandan
  • Pewarna pilihan

Cara Memasak

1.  Bersihkan sagu, masak dengan air mendidih sentiasa kacau hingga sagu kembang dan jernih dan tiada sagu putih

2.  Jirus dengan air paip, buang kanji. Sagu tadi di bahagikan kepada 2 bekas, tambah pewarna ikut suka dan biarkan sejuk

Bahan Kuah

  • 2 tin susu cair
  • Daun pandan

Cara Memasak

1.  Panaskan susu cair dan daun pandan biarkan sebentar, tutup api

Bahan Air Gula Melaka

  • 1 ketul gula melaka (potong kecil)
  • 1/2 cawan gula merah
  • 1 cawan air
  • 2 helai daun pandan
  • Secubit garam

Cara Memasak

1.  Masak sampai agak pekat

2.  Campurkan sagu, air gula melaka, susu cair dan sejukkan sebelum dimakan. Siap!

7.  Puding Tiramisu

Puding Tiramisu

Bahan Lapisan Bawah

  • 12 keping biskut lady fingers (untuk lapisan bawah boleh gunakan biskut lady fingers atau boleh guna kek span)
  • Kek sponge (1/2 adunan sahaja)
  • 2 sudu teh serbuk kopi atau nescafe segera
  • Nescafe di bancuh dengan 50 ml air panas

Cara Memasak

1.  Letakkan 1 keping lapisan kek di dalam bekas adunan

2.  Basahkan lapisan kek dengan 1/2 bahagian air nescafe (bakinya di simpan untuk lapisan moca)

Bahan Lapisan Moca

  • 10g serbuk agar-agar
  • 600ml susu cair
  • 80g gula halus
  • 1/2 bahagian air nescafe dari lapisan bawah
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 sudu teh pes moca

Cara Memasak

1.  Masukkan agar-agar, susu cair dan gula di dalam periuk dan masak hingga gula dan agar-agar larut

2.  Masukkan esen vanila. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian, 1 bahagian letakka baki air Nescafe dan tambahan 1 sudu teh pes moca

3.  Tuang atas lapisan kek dan sejukkan di dalam peti ais

Bahan Lapisan Atas

  • 1/2 bahagian agar-agar
  • 1 biji kuning telur
  • Sedikit serbuk koko

Cara Memasak

1.  Panaskan semula 1/2 bahagian agar-agar

2.  Ambil 1 senduk dan campurkan dengan kuning telur dan kacau sedikit. Tuang di dalam agar-agar di atas dapur semula

3.  Tutup api, keluarkan agar-agar dari peti ais.

4.  Tuang agar-agar telur tadi dan simpan semula di dalam peti ais hingga keras

5.  Ayakkan serbuk kok di atasnya. Potong dan hidangkan dalam keadaan sejuk.

8.  Puding Roti

Puding Roti

Dalam resepi ini menggunakan Loyak 8"

Bahan A

  • 4 keping roti
  • 2 cawan air
  • 1 1/2 cawan gula (boleh tambah atau kurangkan)
  • 2 sudu kecil esen vanila
  • 2 biji telur
  • 2 sudu makan tepung kastard
  • 2 tin susu cair
  • 20g serbuk agar-agar (jernih)
  • 4 sudu makan marjerin

Bahan B

  • 3 pewarna berbeza

Cara Memasak

1.  Satukan bahan A dan kisar kecuali marjerin

2.  Masak atas api sederhana, masukkan marjerin sambil dikacau sehingga mendidih dan agak pekat

3.  Tapis adunan terus ke dalam loyang

4.  Cedok dan asingkan 1/2 cawan puding. Tuang ke dalam 3 cawan. Masukkan pewarna ke dalam setiap cawan (setiap cawan masukkan pewarna berbeza)

5.  Sudukan dan titiskan adunan berwarna ke atas puding tadi berselang-seli sehingga habis. Biarkan sejuk dahulu baru masukkan ke peti sejuk

6.  Potong puding apabila puding sudah keras

9.  Puding Batik

Puding Batik

Bahan-Bahan

  • 20-25g agar-agar kering
  • 350 ml air (4 mug air)
  • 1 1/2 cawan gula (kurangkan jika tidak suka manis)
  • 1 tin susu cair
  • 1 sudu makan mentega
  • 2 sudu makan tepung kastard
  • 2 biji telur
  • 1/4 cawan serbuk koko

Cara Memasak

1.  Masak agar-agar dengan air sehingga hancur, sebelum dimasukkan gula. Masak hingga gula hancur

2.  Kisar semua bahan lain kecuali serbuk koko. Masuk bahan yang di kisar dalam agar-agar dan kacau hingga agak pekat

3.  Bahagi adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian dicampur dengan serbuk koko yang dibancuh dengan air suam. Manakala satu bahagian lagi biarkan dalam warna asal.

4.  Tuang adunan dalam loyang secara berselang seli hingga habis. Sejukkan di dalam peti sejuk. Hidang ketika masih sejuk.

10.  Puding Cendol

Puding Cendol

Bahan A (Agar-Agar Gula Melaka)

  • 5 g agar-agar serbuk
  • 60 g gula melaka (potong kecil0
  • 3 sudu makan gula
  • 1 helai daun pandan (disimpul)
  • 650 ml air
  • Sedikit pewarna coklat
  • Gula (tambahan)

Cara Memasak

1.  Satukan gula melaka, gula pasir, daun pandan dan 200 ml, masak hingga gula larut, tapis dan ketepikan. Satukan baki air dengan serbuk agar-agar

2.  Kacau rata dan masak hingga mendidih dan agar-agar larut. Tuang gula merah dan masukkan sedikit pewarna coklat. Biar mendidih perlahan dan jika kurang manis, tambah gula lagi, ikut citarasa. Tuang ke dalam loyang berukuran 7x7x3inci. Ketepikan sebentar

Bahan B

  • 5 g agar-agar serbuk
  • 250 ml pati santan
  • 400 ml air
  • 1 sudu besar gula
  • 1 helai daun pandan (disimpul)
  • Garam secukup rasa (untuk bagi rasa lemak)

Cara Memasak

1.  Satukan serbuk agar-agar, air, daun pandan dan gula, kacau rata dan masak hingga mendidih. Tambah santan dan kacau rata. Masukkan sedikit garam biar rasa lemak, kacau rata dan biar suam

Bahan Lain

  • Cendol secukupnya

Cara Memasak

1.  Bila agar-agar gula merah hampir keras, cakar-cakar permukaannya dengan garfu, kemudian tabur cendol secukupnya atas agar-agar gula merah tadi. Ratakan

2.  Tuang pula agar-agar santan atasnya hingga habis. Biar hingga hilang wap panas. Kemudian simpan dalam peti sejuk hingga agar-agar keras. Potong dan hidangkan sejuk.


selamat mencuba...

Post a Comment

Previous Post Next Post