Menteri Perpaduan Negara, YB Datuk Halimah Disahkan Positif COVID-19

YB DATUK HALIMAH MOHAMED SADIQUE disahkan positif COVID-19

Menteri Perpaduan Negara, YB Datuk Halimah Mohamed Sadique telah disahkan positif COVID-19 selepas disahkan melalui kiriman kenyataan media melalui facebook rasmi.

YB Datuk Halimah disahkan positif COVID-19 oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia pada hari ini (19 Januari 2021) setelah menjalani ujian saringan COVID-19 pada 18 Januari 2021

Susulan itu, beliau akan menjalani rawatan dan tempoh kuarantin mengikut saranan dan pemantauan rapat oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia di Johor Bahru.

BACA : Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Tok Pa Disahkan Positif COVID-19

BACA : YB Rina Harun Telah Disahkan Positif COVID-19

BACA : Dato' Seri Hamzah Zainudin Disahkan Positif COVID-19

BACA : YB Datuk Zahidi Zainul Abidin Disahkan Positif COVID-19

Sepanjang tempoh rawatan dan pemulihan ini, YB Datuk Halimah Mohamed Sadique akan terus memantau dan memastikan segala urusan Kementerian Perpaduan Negara berjalan dengan lancar.

Beliau juga mengucapkan ribua terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesembuhan beliau dan memohon maaf di atas segala kesulitan dan masalah yang timbul akibat perkembangan ini.

Teruskan amalkan pembudayaan norma baharu dan ikuti segala SOP yang ditetapkan. Sentiasa memakai facemask, kerap mencuci tangan dengan sabun dan amalkan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter.


sumber : kementerian perpaduan negara 

Post a Comment

Previous Post Next Post