PKP Kini Di Pahang, Terengganu, Perlis, Kedah, Perak Dan Negeri Sembilan Bermula Jumaat

PKP Kini Di Pahang, Terengganu, Perlis, Kedah, Perak Dan Negeri Sembilan

Dulu PKPB kini PKP. 6 buah lagi negeri akan dibawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) iaitu negeri Pahang, Terengganu, Perlis, Kedah dan Negeri Sembilan.

Pada awalnya, 6 negeri ini hanya dibawah arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) iaitu bermula 13 Januari hingga 26 Januari 2021 berikutan kes jangkitan tidak begitu serius bagi negeri-negeri ini.

PKP Di 6 Negeri Bermula Jumaat

Tetapi melalui pengumuman Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media hari ini (19 Jan 2021) mengumumkan dimana negeri-negeri ini akan diadakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0) bermula 22 Januari hingga 4 Februari 2021.

Keputusan ini dibuat atas nasihat MKN dan KKM berikutan kes jangkitan yang meningkat di negeri ini. Untuk kes harian terbaru jangkitan COVID-19 pada 19 Januari 2021, dilaporkan terdapat 3,631 kes dengan jumlah kumulatif sebanyak 165,371 kes jangkitan positif COVID-19 seluruh Malaysia.

Bermula 22 Januari ini, kesemua negeri akan berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0) kecuali di negeri Sarawak (masih PKPB) yang hanya daerah Sibu, Selangau dan Kanowit sahaja dibawah PKP.


Dapatkan sumber sahih melalui Majlis Keselamatan Negera di:

Telegram : t.me/MKNRasmi
Twitter : htwitter.com/MKNJPM/
Facebook : www.facebook.com/MajlisKeselamatanNegara/
Laman web : www.mkn.gov.my/

Baca Juga

0/Post a Comment/Comments