Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Tok Pa Disahkan Positif COVID-19

Tok Pa Disahkan Positif COVID-19

Hari ini dimaklumkan, Tok Pa disahkan positif COVID-19. Kenyataan ini disahkan sendiri oleh Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) melalui kenyataan rasmi yang dikongsikan di facebook.

YB Dato' Sri Mustapa Mohamed atau lebih dikenali sebagai Tok Pa merupakan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Eknomi) disahkan positif COVID-19 selepas mendapat keputusan ujian saringan malam tadi (sabtu, 9 Januari 2021).

Beliau menjalani ujian saringan COVID-19 sejurus tiba di Kota Bharu dari Kuala Lumpur pada pagi semalam. Sebelum ini juga, Menteri Hal Ehwal Agama juga turut pernah disahkan positif COVID-19

Keadaan Tok Pa

Beliau kini telah dimasukkan ke wad Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu, Kelantan pada pukul 10.30 malam tadi untuk pemantauan dan keadaanya stabil.

Pada 1 Januari 2021 yang lepas, beliau juga telah menjalani ujian saringan COVID-19 dan keputusan ketika itu adalah negatif.

Dengan keadaan ini, Dato' Sri Mustapa memohon maaf di atas kesulitan yang timbul akibat daripada perkara ini dan memohon agar semua pihak berdoa kepada Allah memudahkan urusan kita semua.

Selain itu, patuhi segala SOP yang diarahkan oleh pihak KKM seperti sentiasa memaka pelitup muka, kerap mencuci tangan dan amalkan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter. Semoga COVID-19 terus hilang daripada Malaysia khususnya dan dunia amnya.


sumber : Jabatan Perdana Menteri

Post a Comment

Previous Post Next Post