Dato' Seri Hamzah Zainudin Disahkan Positif COVID-19

hamzah zainudin disahkan positif covid-19

Nampaknya seorang lagi menteri telah disahkan positif COVID-19, kali ini melibatkan Menteri Dalam Negeri, YB Dato' Seri Hamzah Zainudin.

Beliau telah menjalankan saringan COVID-19 pada 11 Januari 2021 (isnin). Susulan daripada saringan itu, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memaklumkan pada awal pagi tadi YB Dato' Seri Hamzah Zainudin disahkan positif COVID-19.

Kenyataan ini juga dikongsikan melalui Kenyataan Media daripada Pejabat Menteri, Kementerian Dalam Negeri sebentar tadi.

Jalani Tempoh Kuarantin

Oleh yang demikian, beliau akan menjalani tempoh kuarantin mengikut saranan dan pemantauan rapat oleh pihak KKM. Sepanjang tempoh rawatan dan kuarantin tersebut, YB Hamza Zainudin akan terus memantau dan akan memastikan segala urusan kementerian berjalan dengan lancar dari semasa ke semasa.

Mengikut saranan KKM, semua kontak rapat bermula 8 Januari sehingga 11 Januari 2021 dimohon untuk tampil ke pusat saringan Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat bagi melakukan saringan.

YB Dato' Seri Hamzah Zainudin memohon maaf atas segala kesulitan dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesembuhan kepada beliau.

Kini sudah dilaporkan terdapat 3 menteri yang sudah disahkan positif COVID-19 iaitu Mustapa Mohamed, Rina Harun dan Dato' Seri Hamzah Zainudin sendiri.


Sumber : astroawani

Post a Comment

Previous Post Next Post