KKM Mencari Sukarelawan Untuk Kajian Vaksin COVID-19

KKM Mencari Sukarelawan Untuk Kajian Vaksin COVID-19

Kepada mereka yang berbesar hati untuk menyumbang, KKM kini sedang mencari sukarelawan untuk kajian vaksin COVID-19 yang dibuat oleh pihak NIH ICR.

Tujuan pencarian sukarelawan ini adalah untuk menjalankan kajian klinikal mengenai keberkesanan dan keselamatan vaskin COVID-19. Dalam kajian ini, mereka menggunakan Vaksin nyahaktif terhadap COVID-19 yang dibangunkan oleh Institut Biologi Perubatan Akademi Sains Perubatan Cina di negara China.

Sekarelawan Kajian Vaksin COVID-19

Dalam kajian ini, mereka yang berumur 18 tahun dan ke atas serta sihat tubuh badan sahaja layak untuk memohon. 

KKM Mencari Sukarelawan Untuk Kajian Vaksin COVID-19

Dengan menjadi sukarelawan, anda dapat membantu untuk menyumbang dalam usaha mencari vaksin yang selamat dan berkesan demi melindungi orang ramai daripada COVID-19.

Antara manfaat yang berpotensi daripada kajian ini adalah:

  • Imunisasi terhadap COVID-19
  • Ujian COVID-19 menggunakan kaedah PCR

Manakala bagi risiko yang berpotensi pula adalah:

  • Berkemungkinan mendapat kesan sampingan seperti:
    • Bengkak atau kemerahan pada kulit dan/atau rasa sakit, gatal pada tempat suntikan
    • Keletihan
    • Demam
    • Cirit-birit dan lain-lain


Bagaimana Menjadi Sukarelawan

Jadi jika berminat, anda boleh hubungi salah satu hospital berdekatan anda yang terlibat seperti dibawah:

  1. Hospital Ampang - 016 728 6617
  2. Hospital Sungai Buloh - 010 876 7180
  3. Hospital Taiping - 019 854 6373
  4. Hospital Raja Permaisuri Bainun - 011 6331 1654
  5. Hospital Seberang Jaya - 014 906 5518
  6. Hospital Sultana Bahiyah - 019 554 4976
  7. Hospital Sultan Abdul Halim - 017 793 1938
  8. Hospital Pulau Pinang - 014 - 945 3599
  9. Hospital Sarawak Umum - 012 3108108

Untuk maklumat lanjut atau persoalan berkaitan kajian dan pencarian sukarelawan ini, anda boleh rujuk FAQ yang telah disediakan oleh pihak Institute for Clinical Research (ICR), NIH MY di pautan sediakan ini

Post a Comment

Previous Post Next Post