6 Lokasi Pawagam GSC Dibuka Semula Pada 16 Disember Ini

6 Lokasi Pawagam GSC Dibuka Semula Pada 16 Disember Ini

Berita baik kepada semua kaki wayang, pihak GSC mengumumkan 6 lokasi panggung wayang akan dibuka semula pada 16 Disember 2020.

Pengumuman ini dikongsikan melalui laman media sosial GSC di Twitter dan Facebook sebentar tadi. Keputusan ini dibuat pada masa yang tepat iaitu selari dengan tayangan Wonder Women 84 yang mula ditayangkan di Malaysia pada 17 Disember 2020.

Sebelum ini, semua panggung wayang telah memberhentikan operasi bermula pada awal November 2020 yang lepas berikutan kes jangkitang COVID-19 yang semakin membimbangkan ketika itu. Selain itu juga, ianya bagi mengelakkan kerugian besar bagi industri panggung wayang.

BACA : Penutupan Seluruh Panggung Wayang Bermula 2 November 2020

Sepatutnya panggung wayang mula dibuka semula pada awal Disember 2020 tetapi ianya tidak terjadi sehinggalah pihak GSC mengumumkan pembukaan semula pada 16 Disember ini.

Pembukaan Semula Panggung Wayang GSC

Pembukaan semula panggung wayang GSC ini akan bermula pada 16 Disember 2020 iaitu pada hari Rabu pada jam 6 petang. Tetapi bukan semua panggung GSC dibuka tetapi setakat ini hanya 9 lokasi sahaja dijadualkan akan mula beroperasi iaitu :

  • GSC Aman Central
  • GSC Gurney Plaza
  • GSC Sunway Carnival
  • GSC Dataran Pahlawan
  • GSC AEON Bandaraya Melaka
  • GSC Alamanda Putrajaya
  • GSC East Coast Mall
  • GSC Mentakab Star Mall
  • GSC CityONE Megamall, Kuching 

6 Lokasi Pawagam GSC Dibuka Semula Pada 16 Disember Ini

Setakat ini pihak GSC tidak mengeluarkan lagi senarai filem yang akan ditayangkan pada hari tersebut. Jadi jangan lupa sentiasa update bersama laman sosial media mereka dari semasa ke samasa.

Seperti yang diumumkan, SOP masih sama seperti sebelum ini. Jadi sila ikuti arahan sepenuhnya selama mana berada di dalam panggung wayang


sumber : twitter GSC

Baca Juga

0/Post a Comment/Comments