Margaret Keenan Menjadi Manusia Pertama Menerika Suntikan Vaksin Pfizer COVID-19

Margaret Keenan Menjadi Manusia Pertama Menerika Suntikan Vaksin Phizer COVID-19

Seorang wanita warga Britain, Margaret Keenan merupakan manusian pertama yang menerima suntikan vaksin Pfizer bagi melawan COVID-19.

Wantia berusia 91 tahun itu disuntik 2 dos vaksin yang dibangunkan oleh firma farmaseutikal Amerika Syarikat (AS) dan Jerman, Pfizer dan BiNTech.

Ianya menjadikan detik sejarah United Kingdom (UK) dimana beliau menerima suntikan tersebut di Universiti Hospital Coventry sekitar jam 6.31 pagi waktu tempatan.

UK merupakan negara pertama bagi memulakan program vaksinasi pandemik ini dan ianya merupakan dos-dos terawal disuntik daripada sejumlah 800,000 dos yang akan diedarkan dalam beberapa minggu ini seperti yang dilaporkan oleh Astroawani.

Program vaksinasi ini juga turut menawarkan kepada warganya yang berusia 80 tahun ke atas selain daripada petugas barisan hadapan yang merupakan golongan yang paling berisiko terdedah dengan virus ini. Dengan cara ini, sekali gus mampu melindungi golongan ini kepada kehidupan normal.

Untuk rekod, Malaysia juga bakal menerima dan menggunakan vaksin jenis Pfizer ini. Kerajaan juga bersetuju untuk membawanya ke negara dan diedarkan bermula tahun 2021 kelak.

Sumber : Astroawani

Post a Comment

Previous Post Next Post