Solat Jemaah, Jumaat, Tarawih Dan Solat Aidil Fitri Dibenarkan Dengan Syarat Di Wilayah Persekutuan

Solat Jemaah, Jumaat, Tarawih Dan Solat Aidil Fitri Dibenarkan Dengan Syarat Di Wilayah Persekutuan

Menteri Agama telah mengumumkan masjid dan surau terpilih di Wilayah Persekutuan dibenarkan untuk menjalankan solat Jemaah, solat Tarawih, solat Jumaat dan Solat Aidil Fitri dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan mengikut SOP yang disediakan.

Kebenaran berkaitan solat Jemaah atau buka kembali Masjid ini, ianya tertakluk kepada kuasa negeri masing-masing. Jika sebelum ini, negeri Melaka, Perlis, Perak dan Johor telah mengumumkan kebenaran untuk melakukan Solat Jumaat dan Solat Aidil Fitri juga dengan syarat dan SOP yang ditetapkan.

Jadi di Wilayah Persekutuan, YB Senator Dr Zulkifli telah mengumumkan masjid akan dibuka semula bagi mengadakan solat Jemaah, solat Jumaat, solat Tarawih dan solat Aidil Fitri secara berperingkat sepanjang PKPB bermula esok (15 Mei 2020).

Setakat yang diumumkan, kesemua masjid di Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan) dibenarkan melakukan solat jemaah dan beberapa surau yang terpilih sahaja.

Masjid Di Wilayah Persekutuan Dibenarkan Untuk Solat Jemaah 

Solat Jemaah, Jumaat, Tarawih Dan Solat Aidil Fitri Dibenarkan Dengan Syarat Di Wilayah Persekutuan

Antara syarat yang ditetapkan dan kesemua ini perlu dipatuhi dan dibuat oleh Jawatankuasa Masjid iaitu bilangan ahli jemaah tidak kurang daripada 3 orang termasuk Imam dan Bilal sehingga seramai 30 orang sahaja. Bilangan ini bagi kesemua waktu solat.

Sepanjang waktu solat, pihak masjid, surau Jumaat dan surau-surau terpilih perlu pastikan ada kawalan pihak berkuasa seperti polis dan pihak berkuasa agama negeri bagi mengawal keadaan semasa.

Selain itu, jemaah perlulah mengambil wuduk siap-siap di rumah sebelum datang ke masjid. Masjid juga perlu membuat rekod jemaah yang hadir di pintu masuk dan perlulah membawa kad pengenalan. Penjarakkan sosial perlu di adakan ketika solat iaitu 1 meter antara jemaah yang lain. Pesakit kronik, warga emas 70 tahun ke atas dan kanak-kanak tidak dibenarkan untuk ke masjid. Akhir sekali, buat masa ini hanya jemaah lelaki sahaja dibenarkan untuk ke masjid dan lepas solat terus bersurai untuk pulang ke rumah.

Pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan menyediakan SOP bagi setiap masjid dan surau yang terlibat.

Post a Comment

Previous Post Next Post