Johor Benarkan Solat Jumaat Dan Solat Aidil Fitri Bersyarat Sepanjang PKPB

Johor Benarkan Solat Jumaat Dan Solat Aidil Fitri Bersyarat

Johor hari ni benarkan solat Jumaat dan solat Aidil Fitri bersyarat sepanjang PKPB seperti yang dikongsikan di Jabatan Mufti Johor.

Johor mengumumkan Solat Jumaat dan Solat Aidil Fitri boleh diadakan tetapi bersyarat iaitu hanya dibenarkan 12 orang sahaja dalam satu-satu masa di masjid atau surau di Johor. Jika sebelum ini, hanya 3 orang sahaja dibenarkan bersolat jemaah dan tarawih masjid Johor iaitu Iman, Bilal dan Noja (Siak) sahaja.

Jadi bermula 15 Mei 2020, solat Jumaat di masjid dan surau Jumaat dalam Negeri Johor dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dibenarkan . Walaupun bagaimanapun, pelaksanaannnya adalah terhad kepada 12 orang Jemaah sahaja. Ianya terdiri daripada Imam 1, Imam 2, Bilal, Noja dan 8 orang AJK Masjid yang digilirkan. Manakala ahli Qariah lain hendaklah menunaikan Solat seperti biasa di rumah masin-masing sebagai ganti Solat Jumaat.

Solat Sunat Aidil Fitri Di Johor

Johor Benarkan Solat Jumaat Dan Solat Aidil Fitri Bersyarat Sepanjang PKPB

Pada masa yang sama, pelaksanaan Solat Sunat Aidil Fitri di masjid juga dibenarkan, tetapi ianya juga terhadap seperti solat Jumaat. Bilangan jemaah juga sama seperti Solat Jumaat iaitu sebanyak 12 orang ahli jemaah sahaja. Imam 1, Imam 2, Bilal, Noja, 8 orang AJK Masjid yang ditentukan. Untuk ahli Qariah lain hendaklah menunaikan Solat Sunat Aidil Fitri di rumah masin-masing.

Selain daripada itu, Johor juga memohon semua rakyat Negeri Johor khususnya semua imam di dalam solat 5 waktu dan solat witir terawih membaca Qunut Nazilah pada akhir solat bagi memohon perlindungan daripada Allah dari segala wabak dan bencana serta penularan COVID-19 segera berakhir.

Supaya rakyat Johor khususnya mengikuti segala arahan yang dikeluarkan sama ada di pihak Kerajaan Negeri mahupun daripada Jabatan Mufti Johor sendiri.



Post a Comment

Previous Post Next Post