Perlis Benarkan Solat Jumaat Bersyarat Bermula 15 Mei 2020

Perlis Benarkan Solat Jumaat Bersyarat Bermula 15 Mei 2020

Perlis telah membuat keputusan dimana, Solat Jumaat akan di adakan bermula 15 Mei 2020 (Jumaat) tetapi dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan selama pelaksanaannya.

Keputusan ini telah mendapat kebenaran DYMM Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail serta Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis, Jawatankuasa Muazakarah Khas Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI), dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Sebelum ini Kerajaan Negeri Perlis telah bersetuju dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri bermula 4 Mei 2020. Jadi sepanjang PKPB ini, Perlis bersetujua untuk menghidupkan semula masjid dengan mengadakan solat Jumaat dahulu selepas 7 kali solat Jumaat tidak dapat di adakan berikutan pandemik COVID-19 dan arahan PKP yang bermula pada 18 Mac 2020 yang lepas.

Masjid Di Buka Untuk Solat Jumaat Di Perlis

Perlis Benarkan Solat Jumaat Bersyarat Bermula 15 Mei 2020
Masjid di Pakistan melakukan solat Jemaah di masjid

Peraturan atau syarat ini hanya untuk masjid-masjid di Negeri Perlis bagi mendirikan Solat Jumaat selama tempoh PKPB. Antara syarat yang ditetapkan adalah seperti berikut:

1.   Jumlah jemaah termasuk imam / khatib adalah tidak melebihi 12 orang dan tidak kurang daripada 3 orang.

2.   Masjid tidak dibuka kepada awam sebaliknya, mereka yang dibenarkan menunaikan Solat Jumaat adalah dari kalangan pegawai-pegawai masjid dan Ahli Jawatankuasa Masjid SAHAJA.

3.   Setiap yang diizinkan hadir hendaklah membuat pemeriksaan suhu badan, sanitasi tangan dan merekodkan kehadiran di dalam buku kehadiran.

4.   Individu yang berumur 60 tahun dan ke atas tidak dibenarkan hadir.

5.   Mereka yang mempunyai gejala seperti demam, sesak nafas, sakit tekak dan selsema adalah tidak dibenarkan hadir. Begitu juga mereka yang mempunyai sejarah kesihatan lain seperti kencing manis, darah tinggi, lelah, penyakit barah, dan sebagainya juga tidak dibenarkan hadir.

Perlis Benarkan Solat Jumaat Bersyarat Bermula 15 Mei 2020
Masjid di Pakistan melakukan solat Jemaah di masjid

6.   Melaksanakan penjarakan sosial termasuk semasa solat (Sekurang-kurangnya 2 meter).
7.   Individu yang hadir wajib memakai penutup mulut dan hidung (face-mask) termasuk ketika menunaikan solat.

8.   Mestilah berwuduk terlebih dahulu sebelum hadir ke masjid dan membawa sejadah sendiri.

9.    Tempoh masa bermula azan hingga selesai Solat Jumaat adalah 15 minit sahaja.

10.    Tiada kontak fizikal dibenarkan seperti berjabat tangan di masjid sama ada sebelum atau selepas solat.

11.    Setelah selesai solat semua yang hadir hendaklah terus beredar meninggalkan kawasan masjid.

12.    Diutamakan untuk dilaksanakan di kawasan yang lebih terbuka seperti di anjung masjid.

13.    Dipertanggungjawabkan kepada semua Pengerusi Masjid untuk memastikan semua syarat di atas dipatuhi. Masjid yang tidak mampu untuk memenuhi kesemua syarat-syarat dalam panduan di atas adalah tidak dibenarkan untuk melaksanakan Solat Jumaat berkenaan.

Perlis sebelum ini telah mencatatkan Zon Hijau untuk beberapa minggu dan negeri pertama yang diisytiharkan Zon Hijau.. Jadi diharap kepada masjid yang akan melakukan Solat Jumaat kelak, supaya mematuhi peraturan dan supaya semoga kesemuanya selamat daripada jangkitan pandemik ini.


sumber : MAIPs

Baca Juga

0/Post a Comment/Comments

Recommended