Fitness Tracker Terbaik Mempunyai GPS Yang Anda Boleh Dapatkan


Fitness Tracker atau jam kesihatan sekarang ini seperti mendapat sambutan yang baik daripada pengguna. Disebabkan terdapat banyak pilihan, pastinya pengguna mahukan jam fitness tracker yang terbaik yang boleh digunakan ketika bersukan.

Antara ciri-ciri yang penting yang ada pada sebuah fitness tracker adalah kemampuan untuk rekod jumlah langkah, perkiraan bakar kalori, pembacaan kadar denyutan jantung dan bonus adalah GPS yang terbina di dalam sesebuah jam kesihatan.

Sebagai contoh, ketika berlari, pastinya kalau boleh kita mahukan badan kita bebas dengan beban sebagai contoh peranti pintar kita. Jika sebelum ini, jika anda mahu kesan jarak perjalanan sertai arah larian, anda perlu bawa peranti pintar anda untuk dapatkan GPS yang terbina di dalam telefon. Tetapi kini tidak lagi, kerana banyak fitness tracker telah menyediakan ciri ini. Jadi tak perlulah bawa handphone yang berat tu dah la kan.

Selain itu, ada juga jam kesihatan yang tidak mempunyai GPS tetapi perlu disambung dengan peranti pintar untuk menyambungnya. Sama juga terpaksa bawa peranti. Tapi jangan risau, disini disediakan 5 fitness tracker terbaik yang anda boleh dapatkan yang terbina GPS di dalamnya.

1.   Amazfit Bip


Ianya keluaran syartikat Amazfit yang fokus menghasilkan jam kesihatan seperti smartband, Bip dan beberapa jam pintar (smartwatch) termasuklah Amazfit Bip ini. Mereka ada hasilkan sebuah fitness tracker terbaik yang mempunyai GPS terbina di dalamnya dengan harga berpatutan disamping beberapa ciri-ciri terbaik lain. Selain itu reka bentuk jam ini seakan 'Apple Watch'. Nampak cantik bila di pakai. Tetapi skrin yang disediakan bukanlah terbaik antara senarai ini

Skrin: Skrin paparan warna | Saiz Skrin: 1.28 inci | Bateri: 180 mAh (~45 hari) | GPS: Ada | Sambungan Bluetooh: 4.0 | App: Mi Fit | Waterproof: Yes

➕ Ketahanan bateri yang baik
➕ Pilihan Face Watch yang banyak
➖ Kualiti skrin biasa sahaja


2.   Fitbit Charge 4


Sebuah jenama yang terkenal dengan produk jam kesihatan serta jam pintar, Fitbit ada juga mengeluarkan jam kesihatan yang mampu milik kepada pengguna melalui Fitbit Charge 4. Yang penting, disediakan ciri GPS terbina di dalamnya. Ciri yang disediakan lebih maju seperti adanya fitbit pay, kawalan lagu, agenda dan pelbagai lagi.

Skrin: Paparan Monokrom | Saiz Skrin: 1 inci | Bateri: Mampu bertahan sehingga 7 hari) | GPS: Ada | Sambungan Bluetooh: 4.0 | App: Fit Bit | Waterproof: Yes

➕ Kawal spotify
➕ Tersedia ciri Agenda
➖ Sedikit mahal

3.   Garmin Vivosport


Garmin juga terkenal dengan jam kesihatan mercu yang boleh di dapati di pasaran tempatan. Garmin vivosport adalah smartband mungkin anda boleh dapatkan yang terbina di dalamnya GPS. Jam ini juga mempunyai ciri yang baik seperti kawalan lagu beserta skrin berwarna yang cantik. Tapi dari segi saiz skrin sepertinya sedikit kecil.

Skrin: Garmin Chroma Display | Saiz Skrin: 0.8 inci | Bateri: Mampu bertahan sehingga 7 hari) | GPS: Ada | Sambungan Bluetooh: Smart and ANT+® | App: Garmin Connect | Waterproof: Yes

➕ Kawalan lagu
➕ Display warna
➖ Skrin kecil
➖ Sedikit mahal

4.   Huawei Band 3 Pro


Antara smartband bajet yang anda boleh dapatkan bersama GPS terbina di dalamnya iaitu Huawei Band 3 Pro. Ianya juga memberi reka bentuk band beserta skrin yang melengkung cantik. Skrin warna yang disediakan agak menawan. Selain itu, ianya juga dapat memaparkan notifikasi daripada peranti pintar anda dan juga boleh dibuat butang kawalan untuk kamera peranti Huawei atau Honor anda

Skrin: AMOLED | Saiz Skrin: 0.95 inci | Bateri: 100 mAh (~14 hari) | GPS: Ada | Sambungan Bluetooh: 4.2 | App: Huawei Wear | Waterproof: Yes

➕ Reka bentuk
➕ Display warna yang menawan
➖ GPS tidak stabil

5.   Huawei Band 4 Pro


Huawei Band 4 Pro adalah versi upgrade daripada Band 3 Pro. GPS masih dikekalkan dengan beberapa tambah ciri yang lain. Antaranya adalah mampu membaca kadar oksigen di dalam darah, dan boleh mengawal lagu pada peranti terus daripada band anda. 

Skrin: AMOLED | Saiz Skrin: 0.95 inci | Bateri: 100 mAh (~12 hari) | GPS: Ada | Sambungan Bluetooh: 4.2 | App: Huawei Wear | Waterproof: Yes

➕ Reka bentuk
➕ Lebih banyak pilihan watch face disediakan
➕ Display warna yang menawan
➖ Jangka hayat bateri sedikit kurang daripada Huawei Band 3 Pro

Post a Comment

Previous Post Next Post