Filem War On Terror: KL Anarki (2023) - Sinopsis, Tayangan Pawagam 23 November

Filem War On Terror: KL Anarki (2023)

Ini mungkin menjadi antara filem aksi yang mendebarkan terhebat tahun ini apabila akan dibawakan sebuah filem War On Terror: KL Anarki.

Sebuah filem yang menampilkan barisan pelakon yang tidak kurang hebatnya, ada Aedy Ashraf, Farali Khan, Adlin Aman Ramli dan Daiyan Trisha.

{tocify} $title={Table of Contents}

Sinopsis Filem War On Terror: KL Anarki

Filem War On Terror: KL Anarki mengisahkan tentang sekumpulan pengganas yang diketuai oleh Lang telah meletupkan sebuah stesen keretapi di Pantai Timur.

Pasukan khas polis E8 diketuai oleh Senior Asisten Komisioner Polis (SAC) Rahman dan anggotanya Khalid, Anis, Zack dan Bob diarahkan untuk menyiasat.

Hasil siasatan mereka telah membongkar kemungkinan akan ada lagi serangan pengganas di Kuala Lumpur.

Berdasarkan maklumat risikan, mereka telah menyerbu kumpulan pengganas tersebut dan telah berjaya memberkas Lang namun adiknya Joe telah berjaya meloloskan diri.

Keadaan menjadi rumit apabila Joe mengugut untuk meletupkan bandar Kuala Lumpur sekiranya abangnya Lang tidak dibebaskan.

Kini pihak polis perlu berlumba dengan masa kerana ancaman pengganas ini boleh mengorbankan banyak nyawa di Kuala Lumpur.

Filem War On Terror: KL Anarki (2023)

Barisan Pelakon

Antara pelakon yang terlibat seperti Aedy Ashraf, Farali Khan, Adlin Aman Ramlie, Daiyan Trisha, Qi Razali, Noki K-Clique, Naque Ariffin, Kaboe Hon, Sasidaran Subramaniam, Samarinna Tolhip, Daniel Gan, Laura Olivia, Wan Hanafi Su dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Aedy Ashraf sebagai Khalid
  • Farali Khan sebagai Anis
  • Adlin Aman Ramlee sebagai Tuan Rahman
  • Qi Razali sebagai Lang
  • Daiyan Trisha sebagai Maria
  • Noki K-Clique sebagai Zac
  • Kahoe Hon sebagai Bob
  • Naque Ariffin sebagai Joe

Produksi & Pengarah

Filem ini merupakan arahan bersama Kroll Azry dan Frank See. Idea asal daripada tuan pengarah sendiri bersama Nazri Vovinski yang juga terlibat dengan lakon layar.

Naskah ini diterbitkan dan dipersembahkan oleh PDRM Multimedia Entertainment, GSC, Astro dan Six Fun Media.

Waktu Tayangan

Jangan lupa saksikan filem War On Terror: KL Anarki akan menemui penonton mulai 23 November 2023 (Khamis) hingga seterusnya dimana akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia dan Brunei.

Trailer

Post a Comment

Previous Post Next Post