Cara Order Pickup Makanan Sendiri Grab Food Dengan Mudah

Cara Order Pickup Sendiri Grab Food Dengan Mudah

Rasanya perkhidmatan Grab sudah meluas di seluruh negara. Orang ramai gunakan bagi memudahkan urusan untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain atau nak order makanan tanpa perlu keluar rumah.

Paling ramai pastinya yang menggunakan Grab Food untuk pesan makanan. Bila anda teringin satu-satu makanan, tapi lokasi kedai tersebut jauh, langkah terbaik adalah order sahaja Grab dan dia akan hantar terus ke rumah anda.

{tocify} $title={Table of Contents}

Itu sebenarnya adalah salah satu kaedah menggunakan Grab Food. Sebenarnya, selain daripada perkhidmatan delivery atau penghantara, anda juga boleh pick up atau ambil sendiri makanan tersebut di kedai dan kadang kala ianya lebih murah.

Situasi ini sudah tentu berlaku bila pihak Grab ada menawarkan promosi atau baucer untuk Pick-up sendiri. Mungkin kalau kedai makanan tersebut tak jauh, anda boleh ambil je sendiri tanpa perlu pengkhidmata rider.

Jadi kalau tiba-tiba Grab ada umumkan promosi diskaun jika menggunakan perkhidmatan Grab secara Pick-up, anda boleh buat je sendiri. Ikut sahaja langkah-langkah dibawah bagaimana cara untuk Pick-up sendiri makanan menggunakan Grab.

Cara Pick-Up Sendiri Makanan Menggunakan Grab

Semasa artikel ini dikeluarkan, pihak Grab ada menawarkan 2 baucer untuk Pick-Up iaitu NEW2PICKUP dan PICKUP5. Tiada pesanan minimum dan anda boleh dapat diskaun dari 3-30% bagi setiap pesanan yang dibuat menggunakan Grab.

Mana yang tiada akaun Grab, boleh daftar DISINI dan dapatkan juga pelbagai vocher dan promosi yang ditawarkan setiap hari.

1)  Buat Order Makanan Di Grab

  1. Buka aplikasi Grab
  2. Pilih Food
  3. Cari mana-mana vendor atau kedai makanan yang anda ingin untuk buat pesanan. (cth: Ayam Gepuk Pak Gembus)
  4. Pilih menu yang diingin, akhir sekali klik Basket
  5. Akan ada 2 pilihan: Contactless Delivery atau Pickup. Klik pada Pickup
  6. Pada bahagian Payment details, klik pada Use Offers to get discounts
  7. Pilih mana-mana offer yang ditawarkan. Ketika ini ada 2: New2pickup dan Pickup5. Klik + pada New2pickup (dapat diskaun 30%) dan klik Apply
  8. Anda akan dapat lihat harga diskaun yang ditawarkan. Lebih murah kan.
  9. Akhir sekali, klik Place Order

Cara Order Pickup Makanan Sendiri Grab Food Dengan Mudah

2)  Cara Pickup Makanan Di Kedai Guna Grab

Selepas buat pesanan, anda perlu tunggu beberapa minit sebelum anda boleh pickup makanan anda tersebut di kedai. Kalau datang awal pun, kalau tak siap tak boleh ambil juga. Tunggu sampai Grab sendiri panggil la.

  1. Anda akan diberi no. ID pesanan tersebut (cth: GF-477T). Dengan no anda akan gunakan masa nak pickup makanan tersebut. Jangkaan waktu juga akan diberitahu bila siap.
  2. Jika makanan sudah sedia, Grab akan bagi tahu 'Your pickup order is ready for you!'. Sekarang anda dah boleh datang ke kedai tersebut untuk ambil makanan anda.
  3. Bila dah sampai kedai tersebut, bagi tahu nak 'Pickup untuk Grab' bagi id yang telah ditetapkan tersebut. Nanti dapatkan makanan.
  4. Semak dulu pesanaan anda tersebut, cukup atau tidak. Tak cukup, terus bagi tahu pekerja.
  5. Jika sudah selesai semua, slide ke kanan untuk 'Order Collected' dalam aplikasi Grab yang menunjukkan makanan anda sudah selamat diambil.
  6. Now boleh makan
  7. Selesai

Cara Order Pickup Makanan Sendiri Grab Food Dengan Mudah

Selepas selesai pickup semua, barulah duit anda akan ditolak sekiranya bayar secara ewallet atau kad bank.

Tapi kalau jauh dan tak berbaloi, pilih je penghantara atau delivery terus ke rumah anda. Ikut mana yang bersesuaian.

Post a Comment

Previous Post Next Post