(Pemenang) Senarai Calon Top 5 ABPBH 35 Untuk Tahun 2023

Senarai Calon Top 5 ABPBH 35 Untuk Tahun 2023

Pasti ramai yang tak sabar-sabar untuk ketahui pada tahun ini siapakah yang bakal dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular untuk ABPBH 32 bagi tahun 2023. Pemenang ini pastinya datang daripada calon TOP 5 bagi anugerah yang dipertandingkan.

Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) tahun 2023 kini sudah memasuki edisi ke-35. Kita sudah ketahui 34 nama-nama besar yang telah dinobatkan sebagai Bintang Popular pada sebelum-sebelum ini. Kali ini siapa pula?

BACA : Bell Ngasri Antara Calon TOP 10 Yang Mendapat Undian Tertinggi Setakat Ini

Tahun ini sebanyak 19 kategori yang dipertandingkan secara keseluruhan iaitu 12 kategori utama dan 7 bagi kategori sampingan iaitu ekstra. Kini setiap daripadanya sudah diketahui 5 calon pemenang yang mendapat undian tertinggi.

Undian tersebut telah pun bermula pada pusingan pertama iaitu senarai TOP 20 iaitu dari 12 Mei hingga 11 Jun 2023. Selesai undian tersebut, masuk pula untuk pusingan kedua iaitu senarai TOP 5 yang mana undian telah dibuat dari 20 Jun hingga 15 Julai yang lalu.

Sedikit berbeza daripada edisi-edisi sebelumnya, dimana undian TOP 5 kali ini mewakili 70 peratus daripada undian online dan 30 peratus daripada pemarkahan juri profesional. Ini pastinya saingan sengit bagi nama-nama besar dan artis baru.

Tayangan Siaran Langsung ABPBH 35 Tahun 2023

Malam kemuncak ABPBH 35 akan berlangsung di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 21 Julai 2023, hari Jumaat, pada pukul 9.00 malam yang akan ditayangkan secara langsung menerusi saluran TV3 atau boleh juga strim secara online di www.tonton.com.my.

Senarai Calon Top 5 ABPBH 35 Untuk Tahun 2023

Pada malam tersebut juga bakal menampilkan gandingan Johan dan Ain Edruce sebagai pengacara di pentas utama. Manakala Fizi Ali dan Riena Diana akan menghangatkan lagi suasana di acara karpet merah.

Tidak cukup dengan itu, ramai juga artis yang akan membuat persembahan pada malam tersebut antaranya Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Ramli Sarip, Aina Abdul, Dayang Nurfaizah, Sufian Suhaimi, Haziq Rosebi, Luca Sikcta dan ramai lagi.

Manakala antara penyampai trofi yang terlibat pada hari acara ialah Meerqeen, Siti Hariesa, Anna Jobling, Puteri Sarah Liyana, Erra Fazira, Beto Kusyairy dan ramai lagi termasuklah DJ Radio terbaru Hot FM, Khairy Jamaluddin.

Senarai Calon TOP 5 ABPBH 35 Untuk Tahun 2023

Sebelum ketahui siapakah yang mendapat undian tertinggi sekali gus merangkul anugerah utama Bintang Paling Popular ABPBH 35 tahun 2023 kali, kita tengok dulu senarai TOP 5 bagi setiap kategori:

Anugerah Bintang Paling Popular ABPBH 35 Tahun 2023
Bell Ngasri

Anugerah Khas Ekpresi Legasi Seni ABPBH35
Tan Sri Michael Yeoh

12 Kategori Utama

BBNU Lelaki Popular

  • Amir Ahnaf (Pemenang)
  • Danial Chuer
  • Fadhli Masoot
  • Meer Nash
  • Mierul Aiman

BBNU Wanita Popular

  • Anna Jobling (Pemenang)
  • Puteri Khareeza
  • Qasrina Karim
  • Siti Khadijah Halim
  • Sophia Albarakbah

Penyanyi Lelaki Popular

  • Amir Masdi
  • Hael Husaini
  • Haqiem Rusli
  • Khai Bahar (Pemenang)
  • Naqiu

Penyanyi Wanita Popular

  • Aina Abdul (Pemenang)
  • Ernie Zakri
  • Nabila Razali
  • Siti Nordiana
  • Wany Hasrita

Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular

  • Dayang Nurfaizah & Amir Masdi
  • Dolla (Pemenang)
  • Ernie Zakri & Syamel
  • Nuha Bahrin & Naufal Azrin
  • Siti Nordiana & Bunga Isme

Aktor Filem Popular

  • Beto Kusyairy (Pemenang)
  • Datuk Adi Putra
  • Fattah Amin
  • Zizan Razak
  • Zul Ariffin

Aktres Filem Popular

  • Ahirine Ahirudin
  • Diana Danielle
  • Janna Nick
  • Maya Karin
  • Sophia Albarakbah (Pemenang)

Aktor TV Popular

  • Aedy Ashraf
  • Ben Amir
  • Kamal Adli
  • Meerqeen (Pemenang)
  • Redza Rosli

Aktres TV Popular

  • Anna Jobling (Pemenang)
  • Puteri Sarah Liyana
  • Raysha Rizrose
  • Sharifah Rose
  • Siti Saleha

Penyampai Radio Popular

  • DJ Lin
  • DJ Sonic
  • Haiza
  • Johan
  • Tyzo (Pemenang)

Pengacara TV Popular

  • Alif Satar
  • Elly Mazlein (Pemenang)
  • Hawa Rizwana
  • Janna Nick
  • Sherry Alhadad

Artis Komedi Popular

  • Bell Ngasri (Pemenang)
  • Jaa Suzuran
  • Johan
  • Syahmi Sazli
  • Zizan Razak

7 Kategori Ekstra

Couple TV Popular

  • Aniq Suhair & Siti Khadijah Halim (Sekali Lagi Cinta Kembali)
  • Aedy Ashraf & Amelia Henderson (Kisah Cinta Kita)
  • Kamal Adli & Uqasha Senrose (Setelah Terlafaznya Akad 2)
  • Meerqeen & Anna Jobling (Melur Untuk Firdaus) (Pemenang)
  • Redza Rosli & Raysha Rizrose (Bisik-Bisik Gelora)

Couple Filem Popular

  • Datuk Aaron Aziz & Nadiya Nisaa (Dekatnya Cinta) (Pemenang)
  • Farid Kamil & Ahirine Ahirudin (Rempit 2)
  • Naqiu & Elizabeth Tan (Mat Bond Malaya)
  • Zul Ariffn & Azira Shafinaz (Tablis Iblis)
  • Zizan Razak & Elizabeth Tan (Abang Long Fadil 3)

Drama Popular

  • Bisik-Bisik Gelora (Pemenang)
  • Kisah Cinta Kita
  • Melur Untuk Firdaus
  • Rindu Awak Separuh Nyawa 2
  • Sekali Lagi Cinta Kembali

Lagu Paling Boom Popular

  • Casablanca (Nuha Bahrin & Naufal)
  • Cinta Sejati (Aiman Sidek & Alin Sidek)
  • Gatal (Janna Nick)
  • Mimpi (Haqiem Rusli)
  • Terus Hidup (Aina Abdul) (Pemenang)

Content Creator Popular

  • Ariedd Yong
  • Alieff Irfan (Pemenang)
  • DD Chronicle
  • Qawiyaro
  • Sofyank

Tiktokers Popular

  • Aaabias
  • Aleeya Zailan
  • Hafiz Mahamad
  • Sally Whoo (Pemenang)
  • Ustaz Ahmad Yusof

Lawak Viral Popular

  • Airiena Yahaya
  • Aldariya Dareesa
  • Ryan Bakery
  • Satthiya Kandi
  • Syahmi Sazli, Hasif dan Yoe Parey (Pemenang)

Dalam banyak-banyak artis dan selebriti yang tersenarai dalam setiap kategori yang dipertandingkan, kita sudah ketahui 10 daripadanya telah mendapat undian tertinggi sekali gus menjadi TOP 10 yang bakal dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular ABPBH 35 Tahun 2023.

Mereka ialah Aina Abdul, Amir Masdi, Anna Jobling, Bell Ngasri, Ben Amir, Ernie Zakri, Khai Bahar, Meerqeen, Sharifah Rose dan Siti Nordiana. Nama manakah yang bakal memenanginya pada edisi ke-35 kali ini?

Nantikan...

Post a Comment

Previous Post Next Post